Followers

Friday, January 30, 2015

Umrah bersama suami tajaan Takaful Ikhlas

 Kami berangkat menunaikan Umrah pada 24.12.14 sehingga 4.1.15 baru baru ini yang ditaja oleh Takaful Ikhlas kerana mencapai target yang diberikan.

 Kami berada di Madinah selama 4 hari.

 Tidak sah kalau tidak pergi ke Masjid Quba' untuk menunaikan solat  sunat di sini.


 Selesai kami dibawa ke ladang kurma.

 Kami bertolak ke Mekah pada hari yang ke 5. Semasa dalam perjalanan inilah rumah di Temerloh di naiki air secara mendadak terus ke paras dada.  Nasib baik anak anak selamat bersama dokumen yang dibawa bersama.

 Ini ialah tawaf kami yang pertama di Mekah  setelah bermiqat di Hudaibiah dalam perjalanan jauh selama 6 jam dari Madinah ke Mekah.

 Kami di bawa melawat ke Muzium dan di beri senaskah Al Qur'an secara percuma seorang.

 Setiaphari berulang alik ke Masjidil Haram dari hotel untuk menunaikan sembahyang 5 waktu. Tapi yang menyedihkan tidak dapat melihat kaabah secara lebih dekat . Jadi waktu yang sesuai ialah selepas bersarapan di hotel, saya akan pergi semula ke Masjidil Haram untuk berada di depan Kaabah kerana tempat solat bagi wanita sangat terhad dan jauh dari Kaabah. Laluan ke Kaabah disekat pada waktu waktu yang tertentu sahaja dibenarkan kerana projek pembaikpulih yang sedang berlangsung.

 Acara menyampaikan sijil kepada yang mencapai target disampaikan di hotel oleh pihak pengurusan Takaful Ikhlas. Mereka juga merakamkan ucapan takziah kerana rumah di Temerloh dan menjadi mangsa banjir,

 Dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Jeddah untuk pulang, kami singgah di Masjid Terapung yang berada di tepi laut.

 Bersantai bersama rakan rakan semasa menunggu untuk menaiki bas semula ke Lapangan Terbang Jeddah.

Akhirnya sampai di lapangan terbang dan selamat tinggal kepada  2 tanah haram ....semuga kami dapat berkunjung lagi ke sini. Insyaallah.

Sunday, January 18, 2015

Banjir di Taman Bahagia, Temerloh.

 Inilah keadaan rumahku sewaktu banjir baru baru ini. Anak anak segera dipindahkan ke Sekolah Men Sri Bahagia kerana arus air terlalu deras dan cepat naik.  Paya yang disebelah sepatutnya menampung jumlah air yang banyak tidak dapat lagi menjalankan tugasnya kerana sebahgiannya telah ditimbun dan dibangunkan bangalow bangalow mewah. Inilah kesilapan besar pemaju di kawasan Temerloh ini. Selama ini tidak pernah banjir kerana paya semulajadi yang dijadikan Allah ini. Sedih sungguh.

Ini apabila air mulai surut setelah beberapa hari air tidak mengalir dan bertakung dan merosakkan perabut perabut ku kecuali perabut jati. Buku buku Medic Al Azhar Dila dan Faiz. Buku buku agama Fahmi dan Farhan. Buku buku Teks dan Akta Undang Undang Firdaus semua musnah.

Dan kebun miniku juga habis. Ku dengar Firdaus bercerita...semasa dia mengharung air, dia ternampak sebuah bot mengutip pasu pasu sayuran bayam , sawi, jarjir dan lain lain ke dalam bot mereka. Ku halalkan jika mereka tidak ambil, sayuranku musnah juga.

Bersambung ......

Saturday, January 10, 2015

Umrah 2014 dan 2015.

 Alhamdulillah dapat mengerjakan umrah pada 24,12,14 sehingga 4.1.15.

Semasa mengerjakan umrah, banjir besar telah berlaku di Temerloh. Tempat yang kami tinggal selama ini tidak pernah ditimpa banjir, terkena juga,

Rumah kami menjadi tempat laluan kuat 2 aliran air.  Nasib baik kami mendirikan tembok pagar keliling rumah.  Kalau tidak mesti terkena teruk cermin pintu dan tingkap rumah kami.

Anak anak di pindahkan ke pusat pemindahan sek men sri bahagia. Dalam masa 3 hari pertama laluan terputus teruk. Bot pun tidak dapat menghantar makanan .  Anak anak terpaksa berebut untuk mendapatkan makanan yang sangat terhad.  Inilah dugaan kami berdua di Mekah.

Sedih memikirkan anak anak di Temerloh terpaksa berjuang tanpa ibu dan bapa disisi.

Bersambung bahagian kedua.