Minggu lepas pergi kenduri anak saudara di Sg Tengi. Abang Chak [Dr Abdul Wahab] telah memberi beberapa pohon pokok untuk di bawa balik. Di antaranya pohon berries, delima, anggur dan pokok tin.
Sepohon delima di tanam di tanah dan sepohon lagi di dalam pasu.
Ini benih ulam jarjir yang di bawa balik anak yang belajar di Mesir. dah ada tiga pasu. bila terasa nak makan salad just amik daun dan campur dengan salad biasa bersama sedikit garam dan minyak zaitun. Mmmm sedapnya.
Tanam sedikit sawi di dalam beberapa pasu.
Ini pula pohon epal. Bilalah nak besar pokoknya. Apatah lagi nak berbuah. Huhuhu...
Se batang pokok Tin di dalam pasu.
Pokok ulam yang paling sedap di buat ulam nasi kerabu iaitu Serai Kayu.
Pokok Durian Belanda yang sedang membesar di depan rumah. Semuga tidak lama lagi akan membuahkan hasil kepada kami. Insyaallah. Selama seminggu menghabiskan masa mencangkul dan menanam pokok pokok ini, akhirnya inilah hasilnya. Sakit juga tangan dan badan kerana tidak biasa buat kerja kerja berat. Tetapi hati seronok.
Followers
Thursday, June 26, 2014
Sunday, June 15, 2014
KELANTAN negeri tempat lahirku.
Sudah lama tak balik kampung. Pada 8.6.14 , bertolak ke Kelantan . Kami balik melalui Gua Musang.
Berhenti rehat di Gua Musang. Ini adalah sebahgian dari Gerai yang terbakar bersebelahan dengan Shell.
Kami makan di gerai di kawasan ini. Sedap juga Meehoon Sup Perut di sini. Suami dan anak memilih makanan kegemaran mereka iaitu Nasi bersama Ikan Keli Berlada. Tak jemu jemu lagi....
Lebih kurang 6 jam perjalanan sampai ke Kok Lanas, Kelantan. Makan malam bersama di rumah tinggalan Arwah mah dan ayah. Rumah ini dijaga oleh adik lelaki bersama keluarganya.
Keesokkan harinya, kami bersiar siar. Bandar Ketereh sedang membangun. Kelihatan simbol Buah Ketereh atau Gajus menjadi maskot bandar ini.
Tempat yang kami tuju ialah RTC kira kira 5 km sebelum Bandar Kota Bharu. Khabarnya di sini mcam macam ada. Jom kita terjah.
Wah !!!! Mmg betul. Di sudut ini kelihatan peniaga peniaga makanan dari makanan yang kering sehingga yang basah terdapat di sini. Kami borong Laksam RM10.00. Mereka jual dengan harga borong. Banyak sangat.
Buah buahan kebanyakan datang dari Thailand. Sempat beli Durian baik punya satu plastik besar RM50.00 dan Rambutan satu plastik besar juga RM30.00.
Semuanya murah di sini. Sekarang tak perlu lagi ke bandar Kota Bharu , di sini pun sudah cukup. Tapi satu yang kelihatan tidak ada di sini iaitu Etok Salai kegemaranku. Huhuhu...
Bestnya, dapat melepaskan rinduku selama beberapa hari di Kelantan. Kami balik ikut Trengganu. Masuk highway Sg Tong ke Paka. Boleh pecut laju dan tol tidak kelihatan lagi. Free lagi. Kemudian masuk highway Jabor - Temerloh. Bayangkan tak sampai 2 jam , kami dah sampai ke Temerloh. Keseluruhannya amik masa lbh kurang 6 jam juga tapi minyak habis satu tank sebab pecut punya pasal dan jarak km nya lebih sedikit.

Subscribe to:
Posts (Atom)