Followers

Sunday, March 30, 2014

Kota London - I'm here.......... bahagian 8

 Sarapan pagi seperti biasa...Hari ini dan esok kami akan menjelajahi London.

 Saat yang dinanti nantikan, kami di bawa bersiar siar sekitar Kota London.

 Kami di bawa ke House of Parliament, Big Ben, Westminster Abbey, Trafalgar Square, Buckingham Palace dan Tower Bridge.

 Salah satu pemandangan di London...

 Sebelum bergambar ramai, sempat juga berlari ke toilet dulu... hee...Aduyai...nasib baik sempat!!!!

 Tak bergambar di sini kiranya tak lengkap kerana inilah salah satu trademark London iaitu London Bridge is falling down....

 Dari bas kami berjalan kaki menuju ke Tower Bridge, tersergam bangunan-bangunan cantik beraneka bentuk..

 Big Ben.....jam besar di kota London.

 Melihat persembahan kuda dan pegawai bertukar 'shif' seperti dalam cerita Mr Bean..

 Di depan Buckingham Palace....

 Kesian kuda tu....di kelilinggi pelancong yang tak putus-putus...Takut nak bergambar dekat, nanti kena terajang ...

 Control macho....dengan salah seorang pegawai..

 Di depan Malaysian Hall tempat pelajar-pelajar  Malaysia berkumpul...

 Ruangan solat di dalam Malaysian Hall.. Ini ruangan solat untuk wanita....sempit saje...

 Dewan makan di Malaysian Hall... Sepinggan nasi lbh kurang 15 - 20 paun . Ayoyo...tak boleh duk sini lama-lama.......mahal sangat kosnya....

Selepas makan, minum air bekal yang dibawa dalam Tupperware saje... Nak jimat sikit sebab nak shopping dan jalan-jalan lagi nih....
Esok kami akan ke utara London.....Nak cuba naik Tube bawah tanah pula.....Tunggu....

Monday, March 10, 2014

Belgium - Bahagian 7

 Selepas sarapan pagi di hotel di Amsterdam, Kami mula mengangkat bagasi masing-masing ke dalam bas.

 Kami bertolak ke Brussel, Belgium dan melawat beberapa tempat di sini. Ini ialah Atomium yang terkenal itu. Tingginya 102 m. Banyak restoran terdapat di atas sana.

Berhampiran dengan Atomium.........

 Di Grand Palace sebuah bangunan yang bersejarah dan merupakan "central Square of Brussels"....bangunannya sungguh cantik.

 Di satu sudut yang lain...

 Berhenti sebentar untuk bershopping di sekitar Brussels...kami makan tengahari di sini . Waffel sangat terkenal di sini. Sungguh sedap dengan pelbagai perasa dan topping boleh di minta.



 Ini ialah monument yang terkenal di Brussels iaitu Mannekin Pis. Patung seorang budak sedang  membuang air kecil ke dalam sebuah basin...Hee...


 Sungguh banyak kedai kedai yang terdapat di sepanjang  kawasan ini yang menjual beraneka barang .

 Sebelum menaiki bas sempat lagi berposing....

 Selesai bershopping di Brussels, Belgium kami terus menuju keBruxelles Midi Station untuk menaiki Eurostar ke London. Masing masing mengangkat bagasi ke Eurostar.

 Inilah perjalanan kami ke London dengan Eurostar. Kami akan melalui terowong bawah laut di antara Calais ke Ashford.

 Sebelum menaiki Eurostar, membeli tiket dan melalui Imigresen .... Kami solat zohor dan Azar di antara tempat duduk ini. Alhamdulillah. Mat Salih sedang memerhati kami....

 Di dalam Eurostar...bagasi - bagasi di letakkan di depan dan belakang coach yang kami duduk. Pelancong dari Malaysia sahaja yang membawa bagasi besar menaiki Eurostar. Hee..

 Akhirnya sampai ke hotel yang kami akan duduk selama 3 hari di sini.... Sampai dah lewat malam jadi perut pun dah lapar.

Akhirnya amik keputusan malas turun dan masak nasi goreng dalam rice cooker sahaja...Bestnya dapat makan nasi di London. Esok kami akan meredah kota London. Jumpa lagi.
Tapi hari ini dalam sejarah yang tidak akan kami lupakan. Kami bersarapan di Belanda. Makan tengahari di Belgium. Makan malam di London. Satu hari di 3 negara. Fuyoo......hebat luar biasa. Siapa boleh lakukan??????????

Wednesday, March 5, 2014

Belanda - Bahagian 6

 Sarapan pagi dihotel dan terus berlepas ke Amsterdam. Dalam perjalanan singgah lunch di Restoran Kebab Turki.

 Meneruskan perjalanan di Amsterdam .....

 Inilah hotel kami di Amsterdam di tepi stesen keretapi.

 Kesokkannya, kami dibawa bersiar di bandar Amsterdam .

 Bila sampai di Amsterdam, Mercu tanda ini tidak boleh dilupakan. Mesti posing di sini.

 Sekitar bandaray Amsterdam, sangat sejuk dan bangunan serta rumah mereka sungguh unik sekali.

 Cantik mata memandang...

 Menaiki cruise sambil melihat bangunan lama di sekitar Amsterdam.

 Melawat Diamond Center iaitu sebuah  pusat penghasilan berlian yang terbesar di Amsterdam.

 Wow!!!!!!! Berlian di mana mana....

 Berhenti makan dan solat di Masjid Fatih .

 Ruang tempat solat wanita...

 Bertemu pelajar Malaysia dari London bertsolat bersama.

 Ruang solat lelaki.

 Tempat mereka minum-minum kopi panas di dalam masjid di musim sejuk ini.

 Melawat Windmill Vilage yang terkenal dan Kilang Penghasilan Keju...

 Banyaknya terompah kayu......berbagai saiz. Pilih saje yang mane berkenan.

 Hiasan di bahagian luar pula....

Akhirnya dapat juga sarung kasut terompah besar ini...Yahoo.....Ok, berjumpa pula di lain masa...Esok kami akan ke Brussel, Belgium pula. Tunggu..