Followers

Sunday, December 21, 2014

terkenang kembali raya haji tahun 2014

 Semua ada....Seronoknya berkumpul di pagi raya...

 Aksi aksi sebelum sessi bergambar...aku lah bos!!!!!!!

Candid....say cheese.....semuga tahun depan kita dapat berkumpul lagi dengan izin Allah..

Monday, December 8, 2014

Tapai Pulut...

 Hari ini buat tapai pulut satu kilo je. Mula mula rendam beras pulut. Pastu kukus sampai masak.
Berderaikan di dalam talam dan sejukkan. Letak ragi 1 kilo 1 bj ragi. Ratakan.

 Kepal kepalkan dan letak dalam tupperware yang dilapis dengan daun pisang. Tangan hendak dicelup dengan air lada hitam sup tapai cepat masak. Susun elok elok. Dan tutup. Saya letakkan di atas meja saja. Kebetulan Farah balik mgu ni, dia bawa balik sebekas tapai yang baru buat dan dibungkus dalam baju.

Setelah 2 hari...tapai pulut sudah boleh dimakan. Hmmmmm...manisnya.

Saturday, November 29, 2014

Takaful Ikhlas bersama suami tersayang.

 Pada 16.11.14 baru ni, kami bertolak ke Hotel Majestic KL untuk Hari Anugerah Takaful Ikhlas.

Acara dimulakan dengan ceramah dari dua tokoh terkemuka iaitu Ustaz Don dan Ustaz Zulkifli yang membincangkan tentang Riba.

 Selesai ceramah, kami berhenti rehat sebentar untuk solat Maghrib. Ustaz Don meninggalkan majlis.

 Kami bersama Upline yang sentiasa memberi tunjuk ajar sehingga kami berjaya menjadi Pengurus.

 Bergambar sebelum majlis bermula ..

 Abang menyanyikan bersama lagu tema Takaful Ikhlas beramai ramai.

 Di antara nombor nombor yang menang cabutan bertuah.

 Di antara makanan yang dihidangkan. Dua ekor udang besar bersalut serbuk roti.

Selesai majlis hampir pukul 11.30 malam. Kami terus balik ke Temerloh. Kereta kami parking berdekatan dengan Muzium Negara.

Tuesday, November 18, 2014

Kebun miniku...

 Buah mangga baru habis berbuah. Berbelas biji juga dapat merasa musim kali ini.

 Pokok Delima sedang rancak berbunga. Harap kali ini melekat lah buahnya.

 Ada lagi yang bunga yang belum kembang. Tanam dalam pasu je tapi kena jaga bajanya.

Ini lah pokoknya di dalam pasu...Di bandingkan pokok yang ditanam di atas tanah..yang ini lebih suka berbunga...hee..
 Ini pula pokok epal. Pokok ini dah lama dapat dari abang ipar tapi takde masa nak jaga. Sekarang baru nak bermesra dengan pokok epal ini. Alhamdulillah banyak daun dan dahan baru yang terhasil.

 Ini pokok serai kayu...walaupun kecil lagi dah dapat makan hasilnya. Selalu berpucuk...sedap dimakan sebagai ulam bersama budu atau sambal belacan.

 Ini ialah sawi. saya tanam sawi berperingkat. Tidak pernah terputus bekalan untuk digoreng bersama mee atau di buat sup sayur sebab ada yang baru semai, ada yang sudah boleh di makan. Seronok dapat makan hasil yang ditanam dengan tangan sendiri.

 Dua pasu saya tanam dengan pokok jarjir atau salad rocket. Rupa rupanya daun nya sedap digoreng kerana bau dan berlemak.

 Susah dan lama juga menunggu pokok kuchai ini untuk tumbuh dengan biji benih...Tapi bila dah membesar, seronok mengambilnya. bila kita memotong daunnya, pokok nya akan segera tumbuh kembali dari tempat yang kita potong itu.

Ini pokok tin sudah mula bercambah. Ini lah di antara pokok pokok yang ditanam. Seronok pagi pagi saya akan melawat dan bermesra dengan pokok pokok ini.

Tuesday, November 11, 2014

Pertandingan Bowling Keluarga....

 Baru baru ini, semasa Dila balik Malaysia, kami sempat bermain bowling. Pertandingan lima penjuru.

 Ianya di antara Dila, Fahmi, Farhan, Ijah dan ibunya...hee....edang menunggu giliran utk memulakan pertandingan.

 Mula mula, ibunya memilih bola yang ringan berwarna oren. Satu, dua dan mula...

 Kemudian ijah membaling bola dengan gayanya yang tersendiri.

 Ha ha ha ha ...tengok aksi ibunya...agak agak "strike" tak? hihihi...sesekali bola meleret ke tepi masuk longkang. huhuhu...Tapi boleh tahan juga, pernah dapat "strike" juga.

 Dila meneruskan permainan. Boleh tahan juga sakit dan lengoh tangan untuk meneruskan sehingga 10 pusingan woooo....

Di akhir permainan, kami berselfie dulu sebelum pulang. Tahniah Farhan juara...Tempat kelima...hahaha...tentunya rahsia...

Memetik buah dokong...

 Baru baru ini, seorang sahabat suami mengajak mengambil buah dokong yang sudah masak ranum di kebunnya. Suami pergi bersama Firdaus, Faiz, Fahmi dan Farhan.

 Faiz dengan bangganya memanjat sambil memenuhkan bakulnya.

 Firdaus dan Fahmi bertukus lumus untuk memanjat pokok... hee....Maklumlah inilah pengalaman pertama mereka di sini.

Farhan sudah dapat memenuhkan bakul dengan buah buah dokong. Sungguh manis. Dapat merasa buah dokong yang dipetik sendiri, walaupun tak ada dusun pun.

Semuga tahun depan berpeluang lagi memanjat pokok buah buahan ini. Nyamuk? Ha ha ha...memang sangat banyak. Lupa pula nak menyapu losyen anti nyamuk...Tapi berpuas hati dengan hasilnya....Tq Haji Rahim...

Monday, October 27, 2014

Dila pulang semula ke Mesir.

 Selamat kembali semula ke Mesir untuk menghabiskan lagi setahun pengajiannya di sana.

 Cepat saja masa sebulan setengah "study week" .  Selamat menuntut ilmu kepada Dila semuga memperolehi Mumtaz dalam peperiksaan kali ini lagi.

Pandangan dari Dila sebaik saja untuk masuk ke bahagian penerbangan Antarabangsa.

Dila selamat sampai ke Cairo pukul 11.40 pagi waktu Malaysia bersamaan pukul 5.40 waktu Cairo. Ahad 26.10.14, Dila akan menduduki kertas pertamanya iaitu Internal Medicine. Supaya cemerlang Dila!!!!

Sunday, September 28, 2014

Jubilee Tupperware 2014.

 Rasanya inilah merupakan Jubilee Tupperware yang terakhir . Sudah tidak mampu menghadiri acara acara yang sebegini di masa akan datang. Selamat tinggal.

 Tahun ini sempat bersama anak, Farah untuk mendapat sedikit ilmu.

 Jubilee baru ini di adakan di Sunway Piramid selama 2 hari sahaja.

 Malam Gala Dinner Tupperware . Menanti pintu dewan dibuka utk acara Gala Dinner.

 Sungguh meriah. Tema pakaian hitam dan merah.

 Melaram seketika dengan jubah yang dibeli di Mekah semasa menunaikan haji 7 tahun lepas bersama shrawl yang dibeli dari Tibet, China.

Inilah makan malam kami . Mula mula dihidangkan dengan sup sirip ikan seperti biasa, dan di ikuti dengan udang goreng bertepung, isi ikan sweet sour, ayam dan beberapa masakan lagi bersama nasi goreng.  Terasa usia tidak mengizinkan untuk menghadiri Jubilee Tupperware lagi.

Friday, September 26, 2014

Musim mengulangkaji pelajaran....

Minggu ini dan minggu depan peperiksaan untuk akhir Semester Satu dan Tiga untuk Muhammad Farhan dan Muhammad Fahmi di Maahad Tahfiz Tg Lumpur. Dila sedang berusaha mengulang kaji di bilik untuk Peperiksaan Akhir Perubatan Tahun kelimanya di Mesir hujung bulan 10 ini. Sekarang sedang "study week" di sini. Manakala Ijah lagi tidak sampai 3 minggu lagi peperiksan PT3 Tingkatan 3 akan bermula dalam bulan Oktober ini.

Firdaus baru memulakan pekerjaan nya  sebagai seorang peguam dan rakankongsi di sebuah syarikat di Raub. Manakala Faiz baru memulakan kuliahnya di Uitm Sg Buluh dalam bidang perubatan Tahun Keempatnya. Sementara Farah akan menghabiskan Semester Akhirnya di UIA hujung tahun ini.

Semuga semuanya berjalan lancar dan semuga Allah melindunggi anak anakku menjadi anak yang solih dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Seperti biasa kami, suami dan isteri warga pencen menjadi penghuni di rumah di samping membuat kerja sambilan bersama Takaful Ikhlas dan Tupperware. Semuga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk kami untuk beribadat dan menjalankan tanggungjawap yang di amanahkan.


Saturday, September 20, 2014

Piknik keluarga di Pantai Balok, Kuantan...

 Cuti sekolah kali ini berkelah di Pantai Balok bersama anak anak kecuali Farah dan Faiz.
Ibu dan bapanya menjadi penunggu di bawah pokok di tepi pantai saja.......

 Seronok Farhan dan Faizah bermain pasir.

 Dila dan Fahmi bermandi manda..

 Tengok mereka bermain di tepian pantai. Sebenarnya minggu depan Fahmi dan Farhan akan menduduki peperiksaan Semester mereka di Maahad Tahfiz Tanjung Lumpur. Sengaja mengajak mereka meluangkan minda sehari.

 Kebetulan cuti,  Firdaus memandu kereta dari Temerloh ke Kuantan. Bapanya boleh rileks di tempat duduk belakang kereta.

 Tengok tu.....letih mandi terus makan. hee...

 Dila bermanja dengan bapanya....

 Biasa lah...bapanya menunggu kami mengemas barang barang menuju ke kereta.

Semua ada bag yang dibawa masing masing. Seronok juga sekali sekala berkelah seperti ini. Selepas mengantar Farhan dan Fahmi ke Tg Lumpur, kami terus balik ke Temerloh. Malam itu pukul 9.30 malam, semua sudah lena dibuai mimpi. Zzzzzzzz....