Followers

Sunday, September 15, 2013

sesi bergambar sakan bersama pengantin bahagian kedua....

 Pengantin di atas pelamin....

 Bersama kedua ibu bapa pihak perempuan..

 Tidak mau melepaskan peluang menjadi Raja Sehari yang lama....

 Bersama ibu dan bapa pihak lelaki pula...

 Sebahgian dari kekawan pengantin yg datang...

 Kawan-kawan Farah yang datang ..

 Farah berbual dengan bapa mertua....

 Cik Nizam bersama anak dan anak2 saudara....

 Baru minggu lepas mak long menerima menantu....hari ini anak saudaranya pula....farah.

 Sebahgian dari saudara mara yang datang ke Temerloh meraikan majlis ini...

 Apa yang di cakapkan oleh kakak kepada adiknya itu...mereka saja yang tau....

 Adik beradik yang sempat bergambar bersama...

Satu famili bergambar spontan bersama pengantin.....  

Saturday, September 7, 2013

majlis baitul muslim anak perempuan kami....bahagian pertama.

 Pada 31.8.13 adalah hari kemerdekaan negara kita. kami mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan di rumah kami. Kami mengimport tukang masak khas dari batu pahat yang terkenal dengan nasi beriani gum. mereka memasak seawal pukul 3 pagi lagi.

 wali hakim sampai di rumah pukul 9 pagi lagi.

 Hidangan pagi itu seperti roti jala, nasi lemak bungkus daun pisang  dan beberapa jenis kuih muih. paling istimewa pulut kuning berlapik serunding daging dan ayam.

 Farah sebelum majlis pernikahan bermula.

 Rombongan pihak lelaki tiba. Tiada hantaran yang di bawa kerana itu pilihan kami.

 Wali hakim menyiapkan dokumen2 yang perlu.

 Farah menunggu dalam debaran.

 Bermulalah  akad nikah yang dilakukan sendiri oleh si bapa pengantin perempuan.

 kedua pengantin mengaminkan doa .
 Berakhirlah penantian farah. bermulalah perjalanan hidup mereka sebagai suami isteri selepas ini.

 Selepas akad nikah, mereka berdua menunaikan solat sunat.

 Suami meletakkan tangan di atas ubun ubun isteri sambil membacakan doa.

Farah mencium tangan suami.  Selesailah majlis pada pagi tersebut dengan di akhiri dengan jamuan dan sessi mengambil gambar. Alhamdulillah semua selesai mengikut jadual. Pukul 11.00 pagi akan bermula pula majlis kenduri. Tunggu.....