Inilah tempat penginapan kami di Mekah. Nun di atas bukit.
Inilah jalan jalan yang kami lalui setiap hari. Ia juga tempat laluan semua jenis kenderaan samada ringan atau berat.
Apabila ada kereta sahaja, cepat cepat kami berjalan sambil menutup hidung kerana di khuatiri akan dimasuki habuk. Begitulah keadaan Mekah yang sedang dalam proses pengubahsuai.
Sentiasa bertiga di Baitullah....
Fahmi selalu menemani abahnya mengerjakan umrah dan beriktiqaf di dalam masjid....
Farhan sebelum memasuki Baitullah. Biasanya kami akan pergi lebih awal supaya dapat masuk ke dalam.
Firdaus di depan Kaabah selepas menunaikan tawaf...
Seperti biasa abahnya bersama anak bongsu Ijah sentiasa bersama.
Ya Allah terimalah kami ke RumahMu..Sesungguhnya kami ingin kembali ke sana...
Followers
Sunday, July 21, 2013
Sunday, July 14, 2013
Nikmatnya puasa ......
Alhamdulillah....kali ini dapat berpuasa dengan ketujuh tujuh orang anak. Dila baru balik dari Mesir, Faiz sedang cuti semesternya dari Uitm Sg Buluh, Fahmi cuti selama !0 dari Maahad Tahfiz Tg Lumpur, Firdaus menghabiskan "chambering" nya di Sazali n Lim dan akhir sekali Farah praktikal di sini juga.
Seronoknya berbuka puasa. Berebut rebut makan bersama. Tiap tiap hari macam kenduri. Bayangkanlah sembilan orang makan bersama sama....Terima kasih Ya Allah.
Seronoknya berbuka puasa. Berebut rebut makan bersama. Tiap tiap hari macam kenduri. Bayangkanlah sembilan orang makan bersama sama....Terima kasih Ya Allah.
Friday, July 5, 2013
Selamat kembali ke tanahair....Dila
Alhamdulillah Dila selamat sampai ke KLIA pada 6.30 petang semalam 4.7.13. Sepatutnya dia ke Cairo Airport pada malam rabu tetapi kerana keadaan semasa di Mesir tidak mengizinkan mereka terpaksa bertolak lebih awal mengelak dari keadaan yang tidak menentu di sana.
Terpaksalah mereka berkampung di Airport sehingga pukul 11.45 malam barulah mereka menaiki kapalterbang. Semuga Mesir kembali aman . Ya Allah selamatkan Mesir dari musuh-musuh Islam semuga pelajar pelajar yang berada dan belajar di bumi Ambia' dapat mencari ilmuMu. Amin.
Selamat pulang bercuti selama 3 bulan di Malaysia. Genap 4 tahun berada di Mesir. Tinggal 2 tahun lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)