Followers

Monday, April 22, 2013

Makkah Al-Mukarramah.....

 Bersyukur kepada Allah kerana memberi kami sekeluarga rezeki untuk datang ke sini. Ijah di depan jam tertinggi di Mekah.

 Seperti biasa, Fahmi tidak akan melepaskan peluang membaca dan menghafal Al-Qur an di dalam masjid.

 Setiap kali hendak pulang ke hotel atau sampai ke Baitullah, kami akan bertemu di sini dulu.....

 Ada kesempatan bertemu di depan kaabah. Sebenarnya kami tawaf dan saie berasingan. Anak lelaki mengikut abahnya, manakala yang perempuan mengikut ibunya.

 Ini semasa sampai untuk solat subuh. Kami mula bergerak seawal pukul 3 pagi lagi. Alhamdulillah , anak2 tidak kesah dan mengikut saja .

 Semasa di Mekah juga selain melawat Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina Jamaarat, Jabar Noor, kami juga berpeluang melawat Ladang Ternakan Unta.

 Seronok sungguh anak2 melihat unta2 di sini. Mereka juga dapat merasai dan memberi makan binatang tunggangan Nabi  ini.

 Kami juga dijamu dengan hidangan oleh pihak ladang.

Susu2 unta ada dijual di sini. Sempat membeli beberapa botol untuk diminum di sini.

 Nampaknya anak2 sangat menyukainya...

 Ijah terasa hendak menunggang kuda...tapi tak berani seperti abangnya, Fahmi.

 Wow! dapat juga peluang fahmi menunggang kuda dalam pakaian ihram lagi. Sebenarnya selepas ini kami akan bermiqat di Hudaibiah. Terpaksa pinjam seluar trek kakaknya untuk menunggang kuda. hihihi....

 Farah dan abahnya sibuk dengan unta2.......

 Inilah masjid hudaibiah tempat kami bermiqat dan mengerjakan solat umrah.

Tempat solat perempuan terletak di sebelah belakang.....Kita berjumpa lagi dengan pengalaman2 lain yang dapat dikongsi bersama. Insyaallah...

Monday, April 15, 2013

Perjuangan Fahmi sudah bermula.....

 Semalam 15.4.13, kami ke Kuantan menghantar Fahmi yang akan memulakan pengajiannya di Maahad Tahfiz Tg Lumpur selama 3 tahun dalam  Pengajian Diploma Tahfiz dan akan melanjutkan pengajiannya ke luar negara...insyaallah.

 Sedang asyik mendengar taklimat dari Datuk Zul , Pengetua Maahad Tahfiz...

 Fahmi dan rakan2 mengangkat tangan berikrar akan berjuang ......

 Bapanya membaca warkah perjanjian menyerah anak kepada Maahad sebagai simbol....

 Akhirnya mereka menandatangani warkah berkenaan dan diperhatikan oleh Ustaz...

Semoga Fahmi komited dalam pengajian yang diminatinya serta manufaatkan bahasa cina yang dipelajarinya....insyaallah kejayaan menanti. Selamat berjuang dan menjadi seorang tokoh Islam yang sentiasa berpegang teguh kepada Al Qur'an dan Hadis. Amin.

Monday, April 8, 2013

Perjalanan ke Mekah Al Mukarramah.....

 Kami bertolak dari Madinah ke Mekah selepas Asar. Dalam perjalanan selama lebih kurang 8 jam itu, singgah sembahyang jama' Maghrib dan Isyak di sebuah perhentian seperti RnR. Makan ala-ala Arab gitu di atas permaidani dan dibekalkan makan malam.

 Kemudian meneruskan perjalan menuju ke Mekah. Kami berhenti di Masjid Bir-Ali untuk mengerjakan solat sunat ihram dan bermiqat umrah yang pertama.

 Sampai di Mekah, terus dibawa ke hotel untuk bersiap dan menyimpan beg-beg ke bilik masing-masing.
Kami berkumpul semula di lobby untuk dibawa oleh Muttawif ke Baitullah untuk menyempurnakan ibadah umrah yang pertama tadi.

 Muttawif memberi penerangan tentang cara-cara mengerjakan Tawaf, Sa'ie dan Tahallul.
Semasa Tawaf kami berpecah. Saya bersama anak2 perempuan manakala suami membawa anak2 lelaki. Alhamdulillah , selesai tawaf terus menuju ke Sa'ie.

Sebahgian tempat masih dalam pembinaan. Tingkat atas sudah tinggal separuh. Perempuan tidak boleh naik ke tingkat atas sekali. Sudah tiada tempat untuk Tawaf di atas. Dulu 7 tahun lepas, kami pernah menunaikan Tawaf di tingkat atas ini bersama orang2 yang berkerusi roda. Memang jaraknya 7 kali berbanding Tawaf di bawah.

Selesai Sa'ie, kami terus Bertahallul. Maka selesailah Umrah yang pertama kami. Semasa pusingan akhir Sa'ie, suara Azan Subuh sudah berkumandang .  Saya dan Ijah berhenti minum air zam-zam dan mengambil wuduk untuk solat Subuh di situ.

Alhamdulillah...sambil mencari tempat di kawasan Sa'ie, kami duduk bersama jemaah2 wanita lain di satu tempat dan menunaikan solat Subuh di situ. Selesai sahaja, kami berkumpul semula di tempat pertemuan awal tadi dan berjalan kaki balik ke hotel....

Itulah hari pertama kami di Mekah.  Berjumpa semula..