Followers

Friday, December 6, 2013

Aktiviti selepas SPM - Pencetus SYABAB



Alhamdulillah .....selepas SPM, Muhammad Farhan tidak melepaskan peluang menjadi "fasilitator" Kem Anak Soleh yang di adakan di Darul Amin, Kg Sg Gau.

Semuga dengan aktiviti-aktiviti ini akan dapat memberi pengalaman buat Farhan untuk menjadi lebih bergiat aktif dalam bidang kemasyarakatan dan membina kenyakinan diri sebagai pemimpin. Insyaallah.

Semuga menjadi anak yang soleh. Generasi Daie Muda.

Sunday, December 1, 2013

Muhammad Fahmi di Maahad Tahfiz Tg Lumpur....



Tahniah kepada Muhammad Fahmi kerana mendapat Mumtaz dalam peperiksaan Semester 1 baru baru ini. Semuga Fahmi terus berjaya sehingga Semester 6.

Jadilah seorang anak yang soleh dan berjasa kepada masyarakat...Jadikan kisah Sehidimiz Ahmad Ammar sebagai semangat perjuangan. Al Fatihah untuk seorang rakyat Malaysia yang masih  muda yang berjuang demi agama tidak mengira di mana berada ..

Tuesday, October 22, 2013

Berdebar-debar nak dapatkan sijil ini....

Alhamdulillah....Hari ini Firdaus telah dengan rasminya lulus dalam peperiksaan Bar Council's. Hanya tunggu Long Call sahaja.
Syukur kepada Allah...Semuga dapat memberi semangat baru kepada Firdaus untuk lebih berusaha memberi khidmatnya kepada masyarakat dan bertakwa kepada Allah. Amin.

Thursday, October 17, 2013

Doctors To Be in the family...... Insyaallah..

Semasa menghantar Dila ke Mesir 2 hari lepas di Klia. Semuga mereka berdua dapat menggenggam ijazah dalam bidang kedoktoran. Seorang di bumi Ambia' Mesir dan seorang di bumi Malaysia di Uitm Sg Buloh.

Dila sudah di Tahun yang kelima manakala faiz di Tahun yang keempat. Semuga menjadi seorang doktor yang mampu berkhidmat kepada masyarakat berlandaskan  Al Qur'an dan Hadith.

Teruskan perjuangan menimba ilmu  sebanyak mungkin walau dimana berada sekali pun. Semuga Allah  sentiasa di samping Dila dan Faiz. Ibu dan abah sentiasa berdoa buat yang terbaik. Amin.

Wednesday, October 16, 2013

Dila sudah kembali ke Mesir

 Bertolak dari Temerloh pukul 4.00 petang tadi...Perjalanan lancar.

 Menuju ke KLIA melalui  lebuhraya NKVE.

 Kali ini Faiz dan Ijah mengikut menghantar Dila ke KLIA. Kebetulan Faiz bercuti selama seminggu kuliah UiTM Sg Buloh.

 Abahnya menurunkan bagasi2 Dila. 2 bagnya itu 46 kg beratnya. Semua perkakas untuk memasak dibawanya seperti kunyit, asam jawa, sardin, maggi, sos cili dll. Sambal kering juga dibekalkan untuk Dila.

 Memasuki ruang dalam KLIA.....

 Setelah check in. Bergambar kenangan sebelum menaiki flight.

 Anak 'manja'  bapanya....
Selamat tinggal Dila. Semuga beroleh kejayaan dan jaga keselamatan diri di bumi Ambia' bumi Barakkah...Mesir.

Tuesday, October 1, 2013

Gambar2 bersama sanak saudara dan sahabat handai di majlis Farah...bahagian ketiga.

 Farah bersama 'teacher-teacher'nya semasa sekolah rendah dulu....Inilah guru pakar bahasa inggeris tetapi Ms tan sudah bertukar profesyen menjadi peguam dan menjadi  pesaing dengan anak didikannya juga abg kpd Farah, Muhammad Firdaus...

 Farah bersama lebih dari 40 orang geng bermotor dari Johor dan Kl...

 Pengantin menemani geng-geng motor ini menjamu selera..

 Bersama rakan paling rapat semasa mengajar dulu...meja kami sebelah menyebelah di bilik guru.

 Fahmi bersama 'lau sher' nya semasa di sek khee chee dulu....tq cikgu lim mengajar fahmi sehingga dapat menguasai bahasa cina sehingga sekarang.

 Terima kasih juga kepada Mak ngah dari Kuantan kerana sudi hadir walaupun baru beberapa hari menjalani pembedahan mata...tu lah yang pakai cermin mata hitam pop yeyenya....

 Bakal doktor faiz bersama rakan-rakan yang hadir sama...

Peguam firdaus sedang mendengar taklimat dari Professor Dr Abd Wahab....

 Firdaus bersama Peguam Rozilan yang hebat. Isterinya adalah boss firdaus... hihihi...bodek nampak???

 Suami bersama kawan rapatnya semasa berkhidmat di Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna dulu....

 Pak su Razak nak juga bergambar dengan motor-motor besar jugak....Mak su jangan marah.

 Acara malamnya...potong kek besama ahli keluarga sahaja.

Pengantin bersantai berdua...

Sunday, September 15, 2013

sesi bergambar sakan bersama pengantin bahagian kedua....

 Pengantin di atas pelamin....

 Bersama kedua ibu bapa pihak perempuan..

 Tidak mau melepaskan peluang menjadi Raja Sehari yang lama....

 Bersama ibu dan bapa pihak lelaki pula...

 Sebahgian dari kekawan pengantin yg datang...

 Kawan-kawan Farah yang datang ..

 Farah berbual dengan bapa mertua....

 Cik Nizam bersama anak dan anak2 saudara....

 Baru minggu lepas mak long menerima menantu....hari ini anak saudaranya pula....farah.

 Sebahgian dari saudara mara yang datang ke Temerloh meraikan majlis ini...

 Apa yang di cakapkan oleh kakak kepada adiknya itu...mereka saja yang tau....

 Adik beradik yang sempat bergambar bersama...

Satu famili bergambar spontan bersama pengantin.....  

Saturday, September 7, 2013

majlis baitul muslim anak perempuan kami....bahagian pertama.

 Pada 31.8.13 adalah hari kemerdekaan negara kita. kami mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan di rumah kami. Kami mengimport tukang masak khas dari batu pahat yang terkenal dengan nasi beriani gum. mereka memasak seawal pukul 3 pagi lagi.

 wali hakim sampai di rumah pukul 9 pagi lagi.

 Hidangan pagi itu seperti roti jala, nasi lemak bungkus daun pisang  dan beberapa jenis kuih muih. paling istimewa pulut kuning berlapik serunding daging dan ayam.

 Farah sebelum majlis pernikahan bermula.

 Rombongan pihak lelaki tiba. Tiada hantaran yang di bawa kerana itu pilihan kami.

 Wali hakim menyiapkan dokumen2 yang perlu.

 Farah menunggu dalam debaran.

 Bermulalah  akad nikah yang dilakukan sendiri oleh si bapa pengantin perempuan.

 kedua pengantin mengaminkan doa .
 Berakhirlah penantian farah. bermulalah perjalanan hidup mereka sebagai suami isteri selepas ini.

 Selepas akad nikah, mereka berdua menunaikan solat sunat.

 Suami meletakkan tangan di atas ubun ubun isteri sambil membacakan doa.

Farah mencium tangan suami.  Selesailah majlis pada pagi tersebut dengan di akhiri dengan jamuan dan sessi mengambil gambar. Alhamdulillah semua selesai mengikut jadual. Pukul 11.00 pagi akan bermula pula majlis kenduri. Tunggu.....