Followers

Wednesday, December 26, 2012

Perjumpaan semula kawan2 sebilik semasa di Mekah

 Pada 25.12.12, bertolak ke KL  ke rumah sahabat semasa di Mekah.

 Rumahnya di puncak bukit di Gombak.

 Kawasan rumahnya di kelilinggi dengan tumbuhan hijau.

 Inilah tuan rumahnya. Kami dijamu makan tengahari di sini. Selepas makan nasi, dihidang pula dengan kuih-muih, buah2an dan bubur. Mmmm...kenyang sungguh.

 Kemudian bertolak pula ke rumah adik di Ulu Kelang. Sebelah malamnya bergerak bersama ke kenduri kahwin anak seorang lagi sahabat semasa di Mekah. Bertemu beberapa sahabat yang lain juga.

 Ini dua lagi pasangan sahabat semasa di Mekah ...

 Ini pasangan ibu dan bapa pengantin, juga sahabat baik di Mekah.

Pasangan pengantin di atas pelamin. Semuga berbahgia hingga ke anak cucu. Amin.

Sunday, December 9, 2012

Sekolah Khas untuk buat Kimchi....

 Setelah beriadah di  hutan simpan, kami terus di bawa balik ke Seoul untuk masuk ke sekolah membuat KimChi pulak.

 Ada berbagai jenis KimChi...ada KimChi Lobak, Sotong, mee dan berbagai2 lagi yang mereka buat KimChi ini.

 Sedang meratakan bahan2 kimchi ke setiap helai daun lobak putih tersebut.

 Dah pun siap ratakan. Nak bungkus daun itu pun ada caranya. Setelah digulung, baru dibungkus ke dalam plastik untuk diperapkan.

 Sepatutnya gambar ini di atas tadi, Tupperware besar itu ialah upah membuat Kimchi ini. Bestnya....Bahan2 sos itu ialah bawang, halia dan lada hidup yang dikeringkan dulu. Di "blend" dan campurkan gula, garam dan sos ikan. Senang sangat. Halal lagi.

 Wah!!!! Dah selesai buat KimChi di tingkat atas, turun di tingkat bawah untuk mencuba pakaian2 kebudayaan Korea.

 Amacam? Serupa orang Korea tak? Tak percaya ke? He he he....Ayu gitu...

Inilah group kami bersama2 membuat KimChi tadi bergambar bersama. Kenangan yang tidak dapat dilupakan. Sangat suka makan KimChi. Best......Jumpa lagi!!!