Followers

Wednesday, November 30, 2011

puncak lake toba........hotel niagara

Baru balik dari melancong ke lake toba bersama firdaus dan dila di bawah "tupperware incentive trip". Seronoknya berada di puncak dengan suasana sejuk dan nyaman.

suasana di belakang bilik di hotel niagara. bilik berkongsi dengan dila, manakala firdaus di tingkat atas.

sungguh selesa. belakang bilik ada laman taman dengan panorama lake toba di bawah .....

tengok tu........firdaus mengangkat tangan lagi melambai -lambai ke bawah......

suasana di depan hotel tersebut. di waktu pagi suasananya seperti di cameron highland......esok akan menaiki "cruise" untuk ke perkampungan tomok , salah satu dari perkampungan orang batak. berjumpa lagi....

Wednesday, November 16, 2011

Dugaan Allah.....

Semalam, Fahmi dihantar oleh kawan2 sekolahnya dalam keadaan "lupa". Sehingga namanya pun dia tidak ingat. Mukanya "blurr".

Kawan2 nya yang menghantar telah menceritakan segala2nya. Rupa2nya kepala di bahagian belakang terhantuk ke lantai semasa bermain futsal. Dalam keadaan terhantuk itu seorang lagi kawannya terjatuh dan menghempap kepala Fahmi. Allahuakhbar!!!!!!

Bayangkan betapa sedihnya melihat muka anak pintar ini menjadi kosong......Kebetulan ada sebotol air zam zam yang baru dibawa pulang oleh abahnya hari isnin. Saya guna air zam zam itu dengan membaca beberapa ayat dan doa serta meniup di air tersebut dengan harapan doa ibu dimakbulkan Allah. Fahmi meminum air tersebut.

Malam selepas sembahyang maghrib, abahnya bersama faiz menghantar Fahmi ke wad kecemasan, Hospital Temerloh. Sepatutnya Fahmi dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan selanjutnya. Tetapi alhamdulillah.....dia mula mengingati segala2nya kecuali tentang apa yang berlaku kepadanya selepas kemalangan itu sehingga di hospital, dia tak ingat langsung.

Hari ini dia pergi ke sekolah seperti biasa. Pagi tadi saya bertanya kepadanya. Macamane? Dia menjawap, ok, alhamdulillah cuma tak ingat apa yang berlaku padanya....

Inilah pengalaman yang sungguh mendebarkan. Inilah dugaan yang baru sedikit Allah berikan kepada hambaNya. Allahuakhbar...tak dapat bayangkan bagaimana jika berpanjangan. Oleh itu, dalam banyak hal.....mestilah berhati-hati terutama bahagian kepala kerana di situlah segala galanya...Otak...

Semuga Fahmi lebih berhati hati....Hari ini dia mula bertanya apa yang dicakapkan dan dilakukan semalam. Sambil berkata, betul Fahmi buat itu???? Fahmi tak ingat pun..........

Tuesday, November 15, 2011

Sup "gearbox"

Pada Hari Raya Eidul Adha baru baru ni, dapat masak seperiuk besar tulang dan daging lembu.
Puas makan sekeluarga, Sehingga habis tulang "gearbox" disedut dengan straw. Mmm......sedapnya.

Kami makan sup ni sehingga makan malam sekali lagi. Kali ini ditambah pula dengan daging bercampur dengan hati dan limpa dimasak kicap...

Alamak!!! bertambahlah beratlah badan ni....Takpe, takpe.... sekali sekala makan seperti ini..

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Eidul Adha

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada sanak saudara, sahabat handai serta seluruh umat islam di dunia.

Kepada umat islam di Mekah, selamat menunaikan ibadah haji, semuga mendapat haji mabrur, insyaallah.

Wednesday, November 2, 2011

Eh ye ke ni!!!!!!

Jalan punya jalan.... terjumpalah gambar ini.....Ustaz nak gi ngajar mane hari ini? Belajar dulu, tak habis lagi tu.....

He he he... inilah gaya seorang ustaz to be. Ustaz Muhammad Firdaus bin Arshad. Semuga menjadi seorang peguam yang baik, beriman dan bertaqwa serta menyeru manusia kepada kebaikan. Insyaallah... Amin .