Followers

Sunday, October 23, 2011

Konvo anak sulungku......

Alhamdulillah....pada 22.10.11 bersamaan hari Sabtu, Muhammad Firdaus telah dianugerahkan segulung ijazah Undang-undang (Kepujian) di UITM Shah Alam. Itulah anak sulungku....
Saat-saat menerima ijazah disampaikan oleh Pro-Cancelor YBhg Tan Sri Datuk (Dr) Hj Arshad Ayub (Gambar LED Display Dewan Agong Tuanku Canselor)

Inilah ciuman pertama dari Muhammad Firdaus setelah keluar dari dewan.

Kegembiraan terpancar dari wajah kedua ibu bapa yang tidak dapat disembunyikan lagi...

Di antara adik beradik yang datang meraikan bersama . Cuma 2 orang yang tidak dapat turut serta iaitu Dila yang sudah kembali ke Mesir pada 18.10.11 . Manakala Farah sedang menghadiri kuliah untuk peperiksaannya di UIA Gombak.

Semuga kejayaan Muhammad Firdaus ini akan menyuntik semangat berjuang kepada adik-adiknya yang lain...Insyaallah.

Thursday, October 20, 2011

Dila kembali semula ke Mesir

Dila memasuki kawasan perlepasan antarabangsa.....

Bergambar kenangan sebelum berlepas. Bapanya tidak dapat menghantar kerana mengikuti kursus di KL selama 3 hari.

Inilah makanan tengahari kami di MD di KLIA. Maklumlah bertolak dari rumah pukul 9.oo pagi tadi lagi. Dila akan menaiki kapalterbang pukul 3.oo petang.

Tengok tu.....nampak sangat kelaparan.. makanlah Dila....

Haik....ngantuk lagi ke???? ni semua ponteng sekolah hari ini sebab menghantar Dila ke KLIA.
Semuga Dila akan meneruskan perjuangan di bumi Ambia'......

Wednesday, October 19, 2011

Hari jadi yang ke 49......

Inilah kek yang dibeli oleh anak2 dan suami pada petang 07.10.11 . Mmm.... kek kegemaranku. Kek vanilla dengan white chocolate......

Tambah pula dengan satu bucket chicking......bukan apa, kebetulan hari itu terlalu ramai orang berbaris di KFC....Jadi terus anak2 tukar menu....chicking je......

Walau bagaimanapun....alhamdulillah....anak2 dan abang ingat juga hari ini.........Semuga Allah memberi rezeki dan kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga....Amin.

Thursday, October 6, 2011

Balik Kelantan lagi.....

Kita serupa. Fahmi bersama Tok Cik Nawi di Bkt Merbau. Adakah mereka serupa???????????

Entah apalah yang ditunjuk oleh Kak Mah ni. Kg Sokor , Kok Lanas di kelilingi oleh bukit dan suasana yang menghijau. Sungguh nyaman...

Menziarahi sepupu sebelah arwah mak di Machang , Kelantan, Makin sihat nampak??????

Sempat juga berkunjung ke Peringat untuk menziarah anak saudara, Amir yang mengaji di Sekolah Tahfiz di sana.

Bergambar sebelum balik semula ke Temerloh. Kalau nak tunggu sekeluarga memang susah sikit. Jadi kami pun pakat balik adik beradik je untuk kenduri tahlil arwah emak dan ayah di Masjid Kg Sokor, Kok Lanas. Kami masak di rumah dan membawanya ke masjid.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kebetulan malam itu ramai juga yang hadir lebih kurang 70 orang membaca tahlil dan menikmati nasi kerutop ayam. Mmm... dapat pujian lagi.... sedap kata mereka.......Ini yang tak boleh duduk betul....

Itulah kenangan balik ke Kelantan baru-baru ini.... Kebetulan Firdaus dan Fahmi ikut sekali...
Berjumpa lagi di lain masa....