Followers

Tuesday, September 27, 2011

Merpati dua sejoli.........

Kelas gitu....romantiknya........ berdua duaan di tepi pantai di Gambang Water Park, Kuantan. Sementara anak-anak bermandi- manda di dalam air.

Inilah sahaja masa yang terluang bersama anak-anak. Entah bila lagi boleh berkumpul kesemua sembilan orang dalam satu masa.

Semuga kebahgiaan selama ini akan berterusan dan berkekalan sehingga akhir hayat. Ya Allah, lindunggilah dan rahmatilah keluarga ini. Sesungguhnya kami berlindung dan berserah kepadaMu.

Saturday, September 17, 2011

Bermandi manda di Bkt Gambang di raya keempat.

Bergaya sekali mereka berdua di pintu masuk Gambang Water Park ini.......

Keluarga Mak Su Norma pun turut serta bersama kami...

Selepas bermandi manda, berehat sebentar sambil bergambar....

Dengan gagahnya pemuda pemudi ini menuju ke tempat slide.....

Gambar ini diambil semasa keletihan bermain di Water park seharian, sedang menuju ke kereta.

Tengok gelagat mereka setelah sampai ke bawah. Langsung tak kelihatan takut.

Kemenangan untuk Pak Teh dan Pak Sunya yang berjaya menuruni slide family .

Kelihatan Fahmi, Farah dan anak Mak Su, Atiq sedang bermain air...

Emak-emaknya pun nak naik pelampung juga......

Bapak-bapaknya pula sibuk bermain bola tampar bersama-sama. Begitulah seharian dua keluarga berkumpul bersama di Gambang Water Park, Kuantan. Semuga berjumpa semula di lain masa.


Saturday, September 10, 2011

Executive Conference 5.9.11 - 7.9.11

Conference di Hotel Westin selama 3 hari. Gambar ini di ambil di lobby hotel, sementara menunggu coach untuk ke Gala Dinner di Restoran Songket.

Semasa di bilik conference...

Di Restoran Songket, KL. Makanan di sini ala2 melayu tetapi di naiktaraf untuk dijadikan makanan hidangan untuk pelancong. Kelas gitu....

Inilah pakaian jubah dari Mesir yang dibeli oleh Dila tahun lepas....


Bersama hadiah tupperware dan kuih raya untuk semua yang hadir. Berjumpa lagi di lain masa.
Terasa sunyi selepas Farah balik ke UIA tadi. Minggu lepas Faiz masuk UITM. Dari sembilan , dah tinggal tujuh orang......Seronok nya berkumpul sekeluarga . Sebuah keluarga yang besar..... Bye..

Wednesday, September 7, 2011

Faiz mendaftar Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di UITM, Shah Alam.


Pada 6.9.11, abang dan Dila telah menghantar Faiz mendaftar masuk ke UITM Shah Alam bagi mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan.

Saya tidak boleh menghantarnya kerana berada di Hotel Westin menghadiri Executive Conference bermula 5.9.11 - 7.9.11.

Sabtu ni Farah pula akan memulakan kuliahnya di UIA Gombak pula. Faiz bersama kakaknya Dila yang juga Tahun Ketiga mengikuti Ijazah Perubatan di Mesir. Dila akan kembali ke Mesir pada 18.10.11.

Abahnya menghantar Faiz ke asrama yang akan didiami iaitu di Kolej Perindu, UITM.

Sibuknya abah mengeluarkan barang-barang keperluan Faiz semasa di UITM. Selamat belajar dan berjuang untuk mendapat segulung ijazah dan menjadi seorang doktor yang beriman dan bertaqwa. Ibu dan abah sentiasa mendoakan kesihatan dan kejayaan Faiz . Good luck!!!

Saturday, September 3, 2011

Balik kampung raya pertama......



Di rumah Cik Eri pada pagi raya kedua, bertolak dari rumah Abg Chak (Dr Wahab) di Bukit Kapar.
Menjamu selera di rumah Cik Eri...Sementara menunggu makan tengahari di rumah Kak Mah.

4 teruna di kampung rumah Tok Atan mereka...Masing2 dengan gaya tersendiri.

Berlatar belakangkan sawah padi yang luas terbentang. Padi masih belum lagi disemai.....

Di sebalik dedaun sebatang pokok kurma yang ditanam di tepi sawah. Bila dah berbuah nanti bolehlah makan kurma fresh.......

Sebelum berangkat ke Kelang di pagi raya kedua.. Mengangkut barang-barang masuk ke dalam kereta..... Kali ini balik kampung dengan 2 buah kereta. Dulu semasa anak masih kecil boleh je guna MPV. Sekarang dah tak muat......


Gambar keluarga bersama atok dan tok cik di kampung....Seronoknya balik kampung...

Berjumpa lagi di lain masa.