Followers

Saturday, May 28, 2011

Beijing dalam kenangan.....

Sebelum kami check in di Marriot Hotel, dibawa melawat ke Pusat Teater di Beijing ini...

Farah bergambar dengan salah satu pakaian tradisional mereka....

Wow....... cantiknya bunga sakura yang baru berbunga selepas musim salji .....sungguh terpesona.

Makan malam di 100 Years of Qing Dynasty - Bai Family Mansion....Sungguh mewah makanan di raja Cina tetapi kami cuma makan nasi dan sambal yang dibawa.... Maklumlah tak tentu halalnya...

Bergambar di Forbidden City... Biasanya pengambaran cerita2 beraja Cina diambil di sini.

Ini malam Gala Dinner . Kami diberi sepasang baju untuk dipakai . Tengok tu beraneka warna dan fesyen....

Sebuah bangunan penuh dengan tampalan tembikar2 dan barang yang sudah pecah dan lama. Memang unik....Pettery House.

Di Tianjin... Ini di Food Street yang penuh dengan berbagai2 jenis makanan dijual di sini. Kami tak sempat bershopping di sini kerana terus menuju ke toilet Mc Donald untuk mengambil wudhuk dan bersembahyang di tepi bas kami dengan menggunakan compass kiblat.....

Dalam kenangan ... Farah bersama delegate dari India. Nak jadikan istimewanya , dari negara India ini lah seorang pemenang kereta mewah Toyota telah terpilih dari undian tiket 7000 . Kalaulah saya dapat......

Sebelum menaiki kereta kabel di Bandaling Great Wall.... Seekor Ilama mencuri pandangan kami.

Melawat ke pusat perjualan pasu di Jindian. Di atas pusat ini, terdapat restoran muslim yang sungguh lazat. Kemudahan surau pun ada disediakan.

Makan malam yang terakhir di Xinjiang Restaurant. Makanann yg mewah tetapi yang kurang enaknya disajikan bersama tarian2 gelek dari negeri Arab.....

Berakhirlah misi pengambaran di Beijing ini. Bersiap menunggu bas di lobi hotel.

Sebelum bag2 kami diangkat ke bas yang sedang menunggu... sempat bergambar di depan pintu hotel.
Inilah pemandu pelancung yang sentiasa memberikan informasi bandar ini kepada kami sepanjang perjalanan.

Sekianlah dulu kisah perjalanan bersama Tupperware sempena Konvension Tupperware Asia Pasific yang berlansung di Beijing,

Semuga bertemu lagi.....


Friday, May 20, 2011

Wow!!!! Bullet Train......

Inilah keretapi laju yang kami naik dari Tian Jin ke Beijing. Dengan bas , perjalanan hampir 4 jam tetapi masa balik kami menaiki keretapi yang mengambil masa tak sampai setengah jam. Wow!!! lajunya.....

Tengok betapa ramainya penumpang yang menunggu giliran untuk menaiki keretapi.

Ini adalah tiket keretapi laju itu. Mahal juga dari Tian jin ke Beijing. Sungguh tak sabar menunggu ketibaan keretapi tersebut.

Bermula dengan 0km. Dalam masa tak sampai 5 minit, keretapi sudah mencecah 313km. Lajunya.....

Tengok tu... tadi pukul 17.14 - 313km. Sekarang 17.15 sudah mencecah 332km. Hebat betul...

Berada di dalam keretapi sambil minuman dibekalkan sebotol seorang untuk menghilangkan dahaga.

Sekejapnya.... tak terasa pun . Tak bergoyang sedikit pun. Itulah teknologi keretapi laju China ini. Di Malaysia entah bilalah nak merasanya. Ini kali kedua menaiki keretapi laju. Yang pertama dulu semasa melancung ke Moscow....

Farah bergambar semasa baru keluar dari keretapi ini. Layan je lah....

Semasa berada di dalam stesen keretapi ini seperti berada di lapangan terbang je.....

Inilah gambaran menaiki Bullet Train semasa di China. Berjumpa lagi di lain masa.....



Tuesday, May 17, 2011

My Cousin....Faiz

Sori, jumpa gambar-gambar ini dalam FB.

Memang sudah ditakdirkan mereka bertemu dari kecil, bila bergambar duduk bersebelahan. Banyak juga gambar2 masa kecil yang ada dalam simpanan... Cuba lihat dua gambar di bawah ini.....

Alhamdulillah, mereka sangat serasi bersama nampaknya....Tengok baju yang mereka pakai di atas???? Kebetulan warna yang sama. Seorang, abangnya baru balik dari Korea dan seorang lagi kakaknya baru balik dari Chiangmai. Ha ha ha... nak tergelak pun ada.

Sudah dewasa, belajar di UITM Puncak Alam, tinggal sebilik lagi, kursus yang sama dan yang akhir sekali pada 30.5.11 ini bersama-sama terpilih mengikuti Pra Perubatan selama 5 minggu di UITM.
Faiz akan berangkat ke Kelang pada 29.5.11 untuk mendaftar kursus Pra Perubatan pada keesokkan harinya. Chaiyok!!!! semuga berjaya bersama meneruskan pengajian dalam bidang perubatan seperti kakaknya, Nurfadhilah di Mesir. Ibu dan abah sentiasa berdoa semuga Faiz berjaya.. Amin.

Itulah anakku Muhammad Faiz bin Arshad dengan sepupunya, Faridul Fauzan bin Abdul Wahab

Semoga berjumpa lagi...



Sunday, May 8, 2011

Kenduri Nasi Arab Kambing Bahagian 2

Sebelah petang, masing-masing mula berangkat pulang. Mula-mula keluarga adik Nazri ke Kelantan. Kemudian abang Nasir ke Kuantan. Dan akhir sekali Kak Mah ke Kelang bersama adik Norma ke Ulu Kelang.

Orang lain sibuk di dapur dan berborak di halaman rumah, farhan dan fuad boleh duduk dalam bilik bermain chess....

Inilah kelima-lima ibu kepada kelima-lima adik beradik itu. Wah! posing maut nampak!!!!

Sungguh ceria di sessi bergambar ini....sambil usik mengusik dan cuit mencuit di antara mereka.

Sebahgian dari anak-anak saudara ku bergambar bersama Ijah dan Farah. Yang lelaki sibuk dengan chess!!

Ini adalah menantu Abang Nasir yang sudi juga berkunjung dan berkumpul bersama-sama.

Aiiii.... entah apa yang dibualkan oleh kaum lelaki ni. Macam-macam gaya yang tersendiri...

Kenapa dengan Fahmi ni.???... apa yang cuba disampaikan tu....tak fahamlah......

Pak Su Razak dengan gaya, kita bakoo, kita bakoo......hai terpengaruh juga yeak????


Inilah 3 wanita di dalam keluarga ini. Yang menariknya, yang bongsu lagi tinggi dari kakak-kakaknya. Terima saja lah.....

Inilah di antara gambar-gambar yang dapat dirakamkan sempena Hari Keluarga tersebut. Semuga berjumpa lagi di lain masa.


Saturday, May 7, 2011

Hidangan Nasi Arab bersama daging kambing oleh Chef Arshad......

Ini lah Nasi Arab yang di jamu kepada tetamu yang berkunjung pada hari ini. Ianya di makan bersama daging kambing, salad dan cili berkuah.

Inilah chef yang sedang memasak di dapur tadi. Mak Ngahnya cuba mempelajari cara memasak dari suamiku. Tengok tu... sungguh tekun mendengar penerangan dari Chef Arshad....

Wow... seleranya Pak cik Mat dan Pak Su...... Sampai tak tengok dah kat orang lain di belakang.

Seronok melihat keadaan ini.... Semua lima adik beradikku berkumpul di Temerloh pada hari ini.

Hai... menambah nampak..... Lain kali boleh berkumpul lagi. Terima kasih kepada suamiku yang tersayang kerana memasak Nasi Arab yang sedap yang dipelajarinya semasa kami mengerjakan haji lima tahun lepas.

Hai... bila nak habis ini.... kami kaum perempuan pula nak juga... Terima kasih kepada Kak Mah di Kelang, Adik Norma di KL, Abang Nasir di Kuantan dan Adik Nazri di Kelantan yang sudi menerima jemputan ini.

Insyaallah kita berjumpa lagi di bahagian kedua nanti.