Di antara 6ooo kehadiran, Farah sempat bergambar bersama delegasi dari Korea dengan warna orennya.......
Ini dari Indonesia. Sempat berbual dan bertukar-tukar alamat lagi. Kami berbual selepas mengerjakan solat zohor dan azar di surau yang disediakan di stadium itu...
Ini delegasi dari China berbaju merah , manakala Jepun berwarna putih. Berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat sahaja dan mengangguk-anggukkan kepala sahaja. Maklumlah mereka tak tahu berbahasa Inggeris.
Inilah pakaian kami dari Malaysia, serba ungu... Ini adalah dari Kuantan, Pahang iaitu seramai 19 orang.
Sebelah malam diadakan persembahan. Setiap seorang diberikan lampu yg berwarna untuk dinyalakan sepanjang malam itu.
Itulah sehari suntuk berada di Stadium Wukesong. Yang seronoknya, terdapat kemudahan surau disediakan untuk penonton beragama Islam.
Berjumpa di lain masa.....