Followers

Wednesday, March 30, 2011

Sarang Burung Tempua.

Pagi ini, terlintas mengambil gambar sarang-sarang burung tempua yang membuat sarang2nya di pohon kelapa yang ditanam di tepi rumah,




Ada 2 jenis bentuk sarang yang terdapat di pohon ini. Satu yang berbentuk hampir bulat adalah yang dibina oleh tempua jantan . Manakala yang panjang sikit dan ada ekor merupakan sarang burung tempua betina.

Setiap hari, kedengaran bunyi tempua2 ini berterbangan di sarang2 nya. Sungguh mengasyikkan apabila dapat menyaksikan gelagat burung2 ini.

Hari ini, dah hilang satu sarang, begitulah sikap kita yang tak bertanggung jawap mencuri tempat tinggal burung ini untuk dibuat perhiasan di halaman rumah. Sungguh kasihan....

Tuesday, March 22, 2011

Balik kampung ..........

Cuti sekolah baru-baru ini sempat balik kampung di Kelantan. Sudah lama tidak berkesempatan ke sana. Kebetulan adik ipar masuk hospital di Machang. Kami balik pada hari Rabu dan adik dibenarkan pulang ke rumah. Kalau dilihat dari air muka adik ipar yang sentiasa tersenyum, mungkin orang tidak akan mengetahui penyakitnya yang sebenar.

Semangatnya kuat. Hatinya rosak, hempedunya sudah dibuang, buah pinggangnya sebelah mengechut, manakala sebelah lagi ada batu, perutnya membesar kerana ada ketumbuhan. Baru2 ini pula disahkan mengidap kencing manis. Doktor tidak boleh berbuat apa2 lagi, nak bedah, kesihatannya tidak mengizinkan. Itu pun sudah 2 kali dia menjalani pembedahan di perut.

Allah...kalau nak diceritakan terlalu sedih. Saya bersimpati di atas keadaan adik ipar. Walau bagaimanapun adik saya iaitu suaminya cukup setia menguruskan hal anak2 dan isterinya dengan begitu sabar walau dalam keadaan serba kekurangan.

Semuga Allah memberi pertolongan dan petunjuk kepada keluarganya. Amin. Amin Amin.


Sebelum pulang sempat bergambar bersama adik sebagai kenangan berada di Kelantan. Maaf gambar tidak berapa elok. Semuga berjumpa lagi...


Saturday, March 12, 2011

Bunga Burung.

Inilah gambar pokok bunga burung di tepi air terjun. Batang pokok ini baru dicantas untuk disemai menjadi anak-anak pokok.

Bunga-bunganya menjadi betul. Mula - mula ia akan mengeluarkan kelopak2 bewarna pink ini.

Setelah beberapa lama, baru keluar bentuk burung di antara kelopak2 itu. Betul2 menyerupai seekor burung, lengkap kepala, badan dan ekornya.

Dengar cerita orang2 cina suka menanam pokok bunga burung ini. Inilah di antara bukti Allah itu Maha Kaya. Harap2 anak2 pokok burung ini akan dapat dialihkan ke dalam pasu dalam masa yang terdekat.

Saya sangat suka melihat pokok2 hijau di taman rumahku. Ia dapat menenangkan fikiran buat seketika setelah penat dengan tugas2 seharian.

Berjumpa lagi......



Tuesday, March 8, 2011

Suasana damai dan airterjunku.



Masuk 3 bulan, mendapat pencen..... Banyak masa dihabiskan dengan mengemas rumah dan menguruskan anak-anak. Terasa sunyi sikit dengan kepulangan NurFadhilah ke Mesir baru-baru ini. Ah! hidup perlu diteruskan. Begitu lah lumrahnya....
Pagi2 balik dari menghantar anak - anak ke sekolah, duduk sekejap di taman tepi rumah. Alangkah sejuknya mata memandang air terjun sambil mendengar air terjun mengalir...Di tepi air terjun, terdapat pokok-pokok anggur menjalar. Entah bilalah anggur ni akan berbuah semula. Mungkin dah merajuk kerana di alih pasu oleh suami untuk menyusun lebih rapi kedudukan pokok-pokok sekitar air terjun ini.
Di kolam air terjun terdapat ikan-ikan karp jepun yang sibuk ke hulu dan ke hilir. Memang seronok melihat ikan-ikan ini sambil memberi mereka' makan pagi'. Ops! tak boleh lama-lama... kerja rumah sudah menanti . Jumpa lagi.

Friday, March 4, 2011

NurFadhilah sudah kembali ke Mesir

Pada 28.2.11, kami menghantar NurFadhilah ke KLIA. Dia akan menaiki kapalterbang pada 6.45 pagi isnin. Kami perlu menghantarnya sebelum pukul 3.00 kerana group ini perlu mendengar sedikit taklimat dari AQ.

Setelah selesai 'check in' bagasinya, kami terpaksa segera bertolak ke Temerloh kerana perlu sampai sebelum waktu persekolahan 3 orang adiknya bermula.

Tepat pukul 4.30 pagi, kami bertolak pulang ke Temerloh meninggalkan NurFadhilah bersama rakan-rakannya menunggu waktu untuk berlepas ke Mesir. Kali ini mereka menaiki Oman Air dan akan transit di Oman dan terus ke Kaherah, Mesir.

Selamat meneruskan pengajian di Universiti Al Azhar. Semuga dapat belajar dengan bersungguh-sungguh dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.