Tahun ini , raya pertama di rumah di Temerloh. Pagi raya kedua baru berangkat ke Selangor. Tidur semalam di sana.
Keesokkan hari menziarahi abg ipar (Dr Abdul Wahab) dan kakak sulung saya di Kelang.
Petang itu baru bertolak balik ke Temerloh .
Pagi Sabtu, sudah berkumpul empat keluarga dari lima adik beradik. Adik yg tinggal di Kelantan tidak dapat datang ke Temerloh. Seronok berkumpul beramai-ramai.
Memang letih menyediakan makanan dari pagi hingga ke petang tapi kerana terlalu seronok, tidak terasa. Kakak dan abang pulang petang, tinggallah adik bongsu sekeluarga bermalam di rumah. Keesokkan harinya baru pulang ke KL.
Ini di antara gambar-gambar kenangan berkumpul adik beradik di Temerloh.
Selepas ini sibuk pula menguruskan barang-barang yg perlu dibawa oleh anak yg akan berangkat ke Mesir pada 26.9.10. Maklumlah banyak brg2 dapur yg tiada di sana perlu dibeli di sini.
Sekianlah dulu semuga berjumpa lagi . Semuga kita semua berada di bawah lindungan Nya.
AMIN....