Followers

Saturday, August 28, 2010

Selamat Hari Jadi .....

Pada 27.8.2010 bersamaan Hari Sabtu, selepas bersembahyang Tarawih, Ijah dan ome (anak Maksu Norma) memotong kek khas ditempah dari Kedai Secret Recipe.

Mmm.... seronok mereka berdua ditemani adik beradik yang lain menikmati kek itu. Sekejap je.... tinggal separuh....Dah selesai kek, ayam goreng berempah Ramli Burger pula di hidangkan. Kenyang betul...

Semuga mereka berdua menjadi anak yang berjaya dan solehah. Amin...

Tuesday, August 17, 2010

Perbicaraan harta pusaka di Kelantan


Salam sejahtera. sudah lama takde kesempatan 'berblogging'. Pada 16.8.10 yang lepas, terpaksa balik kampung, Kelantan kerana urusan perbicaraan harta pusaka arwah ayahanda yang pergi tiga tahun lepas.

Kakak dan adik perempuan menaiki bas dari KL, manakala saya memandu dari Temerloh bersama anak yang bru blik dr Mesir. Abang di Kuantan pun menaiki kereta ke Kelantan...

Tepat jam 9 pagi, kami bertolak ke Pejabat Tanah Daerah Pasir Puteh.

Di luar bilik perbicaraan sedang menunggu giliran masuk.
Suspen juga . maklumlah macam2 boleh berlaku.

Apabila tiba giliran kami. semua dipanggil masuk ke bilik. Mula2 kami di minta bersumpah beramai2 sambil mengangkat tangan. Kemudian barulah sesi perbicaraan dijalankan.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tak perlu lagi berulang alik ke Kelantan untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka..