Bertemu kembali. Kali ini saya mendapat peluang melancung ke Pulau Langkawi bersama 3 org anak-anak iaitu Muhammad Firdaus, Nurfarahayn dan Nurfadhilah. Kami pergi menaiki Air Asia.
Bergambar di hadapan hotel dan banner PREMIER QUEST - LANGKAWI ACHIEVER . Seronok dapat pergi berempat ke sana FREE, semua ditanggung kecuali shopping.
Di dalam cruise ke Pulau Payar. Menghabiskan masa berbual-bualsambil mengisi perut dgn makanan yg disediakan.
Muhammad Firdaus dan Nurfadhilah ber'snokling', menikmatipemandangan di dasar laut dgn ikan2 yg sgt jinak Seronoknya...
saya dah mula pening2 dan muntah dicelah2 papan.
Memang saya mudah kena 'mabuk laut'.
Nurfarahayn tidak 'joint' sekali, dia lbh suka berlegar2 di atas dek sambil memberi makan ikan2 tu... Tak mau basahkan badan katanya.. Selepas itu dia bersama ahli yg lain menaiki bot yg mempunyai cermin di bwh utk menikmati keindahan dasar laut yg sungguh cantik. Sungguh menakjubkan kejadian yg Allah tunjukkan ini.
Saya dah tak sanggup lagi... Kami pergi ke pulau menaiki bot yg telah disediakan. Anak2 menukar baju untuk bermain air di tepi pantai itu.
Bayangkanlah td kami berada di atas pelantar di tengah laut itu.Bergoyang2 di landa ombak.. Mana nak tahannya.
Sebelah malam, diadakan majlis 'berbeque'. Bermacam2 jenis makanan laut dibakar bersama daging ayam dan lembu. Kami makan sehingga kenyang. Itulah di antara beberapa kenangan yg indah melancung bersama anak. Hilang rasa letih ketika melihat anak2 bergembira . Bersyukur kepada Allah yg memberi nikmat kepada kami...



Semasa di dlm penerbangan . Kakak di KL pun ikut sekali. Mak Longnya memang pandai melayan anak buah.
Muhammad Faiz bersama Mak Long nya di hadapan patung seekor kucing putih lambang bandar Kuching.
Di Taman Budaya. Berbagai jenis rumah terdapat di sini, dari Rumah Melayu, Rumah Cina, Rumah kaum-kaum lain di Sarawak semua terdapat di sini.
Aduh! letih jg mendaki tangga ini menaiki rumah yg paling tinggi di atas bukit. Terpaksa memakai selipar dan terpaksa menyimpan kasut tumit tinggi di dalam beg untuk sampai ke atas rumah tinggi ini.
Ini adalah diantara berjenis-jenis kek lapis yang sangat terkenal ini. Kami dapat merasa semua jenis kek lapis. Bayangkan sampai kenyang.
Hai... terpaksalah berkorban. Asyik-asyik kena tangkap gambar mereka. Tak blh jadi ni, nak jg bergambar...


Ini dah nak berlepas pulang ke Semenanjung. Sibuk mengangkat brg2 untuk check in bagasi. Sebenarnya bukan ini saja yg dibawa. Pasu2 dan brg2 lain seperti tikar sudah dipos dahulu. Dah sampai di Sarawak disamping berjalan -jalan melihat keindahan alam semula jadi, jangan lupa membeli pasu, tikar, ikan terubuk masin, udang kering, kek lapis dan kraftangan yg lain.