Followers

Sunday, September 20, 2009

BAB 10 - SATU SYAWAL 1430H DI TEMERLOH

Di sini saya ingin berkongsi bagaimana perasaan beraya kali pertama tanpa seorg anak yg melanjutkan pelajaran di Mesir. Terasa ada sesuatu yg tidak lengkap di dlm semua hal persiapan hari raya. Teringat kalau Dila ada, mesti dia suka mkn ini, Kalau Dila ada, mesti dia buat itu ini... Ah! Dila dah berada di Mesir...Nama pun selalu saya terpanggil... Itu lah yg perlu saya sedar sekarang ni... Dan ianya mengambil masa...

Hari Lebaran tahun ini kami sambut di Temerloh. Seawal pagi kami mulakan dengan bersama-sama menikmati juadah lemang, ketupat bersama rendang dan kari daging dan ayam. Selepas sembahyang Sunat Raya, kami sekeluarga bertahlil untuk arwah ibu dan bapa disamping mendengar Tazkirah Khas Hari Raya dari suami. Selepas tu kami makan lemang, ketupat untuk second round.

Saya bersyukur kpd Allah kerana memberi kita kemudahan internet. Dila mula kuliah 24.9.09 tp ditunda ke 4.10.09. Tempat penginapannya berdekataan dgn Cyber Cafe. Jadi dptlah dia pergi ke sana 2 x sehari... Kami berbual...blh lihat wajah lg...Dia ckp dlm 1 setengah jam , dia byr 3 genih je... lbh kurang RM1 je...

Seperti biasa kami beraya dirumah 'MAMA' Ibu Angkat anak-anak saya yang menjaga kesemua 7 orang mereka. Kali ini Kakak Iyul dah beraya dengan anaknya bernama 'Farah Nadia'.

Dila, inilah di antara gambar2 yg dpt ibu muatkan utk tatapan Dila... Utk semua jgn disia2kan masa bersama keluarga...

Friday, September 11, 2009

BAB 9 - NENERIMA ANUGERAH TUPPERWARE


Kali ni, saya akan bercerita dulu kesah di antara pengganugerahan yg telah diterima sepanjang karier di dlm TUPPERWARE. Bersyukur kpd ALLAH atas KURNIAAN NYA......
Sblm mencapai anugerah2 ni byk rintangan yg terpaksa ditempohi. Bayangkan saya terpaksa membahagikan masa diantara, mengasuh 7 org anak yg msh kecil ketika itu, kerja2 rumah yg tak pernah habis, seorg guru sdh pasti dan memperkenalkan TUPPERWARE kpd pelangan.

Saya tidak pernah mengambil org gaji krn pd saya, saya lbh seronok membuat segala urusan dgn tgn saya sendiri. Tetapi bygkan betapa sibuknya saya. Semasa anak2 msh sek ren, saya mengajar anak2 waktu ptg dan mlm . Saya pernah terdgr anak2 mengadu kpd kwn2 bahawa ibu mrk sgt garang semasa tuisyen dirumah....Itu tak dpt nak nafikan. Di sek pun saya mmg begitu... Terkenal dgn panggilan TEACHER GARANG.. Saya nak murid saya beri perhatian penuh dan dpt apa yg saya ajar, sama dgn anak2...

Lihatlah hasilnya....saya sggh berbangga, murid2 saya berjaya, anak2 saya berjaya dan dlm TUPPERWARE pun saya berjaya... Bygkan kwn2 selalu perli saya dgn mengatakan bahawa guru kecik lwn tokey, kalah guru besar pun bw KIA tp saya bw MEZ ke sek. Itu rezeki saya. Alhamdulillah....

Saya dpt naik ke atas pentas menerima berbagai2 anugerah besar. Di antaranya TOP 10 in RECRUITING, TOP 10 in SALES, TOP 10 in PROMOTING, TOP 30 in queen of the year bbrp kali. Jadi VVIPs dlm acara2 TUPPERWARE. Kami diarak sehingga di atas pentas, diperkenalkan kpd semua dari Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei.. Saya pernah diberi tugas memberi TALK di atas pentas. Sampai sekarang kalau cerita pasal cikgu yg anak 7 tu?, secara spontan mrk akan ingat saya...He..he.. itu baru cerita skt dah terkenal u.......

Di bwh ni diantara gambar2 semasa pengganugerahan yg diterima dlm dan luar negara.. Semuga memberi inspirasi dan semangat....








Thursday, September 10, 2009

BAB 8 - MELANCUNG KE AFRIKA SELATAN


Selamat bertemu lagi. Kali ni saya akan ceritakan sedikit kisah semasa ke Afrika Selatan iaitu Cape Town. Mmg tempat ini mempunyai pemandangan yg sgt cantik dan mempersonakan. Udaranya menyamankan.

Tempat utama yg dilawati ialah Table Mountain. Kami menaiki kereta cable yg menjunam tinggi. Tak pernah lg merasakan naik cable yg begitu tinggi...Seram jg. Apabila sampai di puncak bukit, kesejukan mencecah -3. Sejuknya... Menggigil bila duk bergambar kat luar lama2. Kena msk dlm dulu utk panaskan bdn, kemudian keluar semula. Satu ketika ketika bergambar, bunyi siren menyuruh kami kembali ke stesen krn angin bertiup kencang dan membahayakan.

Kemudian pergi ke Cape Point, tempat pertemuan 2 laut. Kalau dilihat dgn mata kasar, kita dpt melihat pusaran 2 laut itu. Sblh laut berwarna kehijaun dan 1 laut kebiruan. Itulah kebesaran Allah yg menjadikan sedemikian rupa,

Di sini makanan halal mudah didapati. Setiap hari dpt makan nasi dgn daging serta udang2 besar yg segar. Masakannya enak. Semasa sedang bershopping, bertemu dgn org2 afrika yg berugama islam. Mrk sggh peramah. Pantang tgk kami bertudung, mrk akan memberi salam. Seronok berbual dgn mrk. Masjid dan surau merata2 tempat ada. Malah ada satu tempat tu, diberi panduan arah ke surau, siap dgn aircon lg.

Yg paling best, dpt merasa naik burung unta...dpt melihat kehidupan org2 asli di sana...Itulah di antara peristiwa2 yg menarik di sana.







Tuesday, September 1, 2009

BAB 7 - MELANCUNG KE ITALY

Ini baru intro. Cerita lanjut, tunggu...

Ok. bertemu kembali. Saya akan bercerita kisah lawatan saya ke Italy. Kami sampai di sana ketika cuaca mencecah 42 - 43 darjah. Panas sgt....Matawang yg digunakan euro, lbh kurang 5 x ganda duit kita.

Orang Itali mmg terkenal tidak mesra. Bayangkanlah satu ketika kami membeli buah2an anggur segar dan memakannya kebetulan di hadapan sebuah kedai. Apa tidaknya, dhalaunya kami mcm burung.

Disini, kebanyakan tempat dilawati ialah tempat2 bersejarah, tinggalan batu2 runtuhan bangunan sejarah spt colleseum. Sungguh kagum mcmane batu yg besar diangkat tinggi ... Kita 20 org pun tak terangkat batu sebesar itu.

Paling tak selesa kenderaan tidak dibenarkan msk kawasan bandar. Terpaksa park lbh kurang 2 km jauhnya. Bygkan terpaksa berjalan sejauh itu. Kalau kita berjln kaki ulang alik dr mekah ke mina lbh krg 13km tak terasa letihnya krn Allah . Aduh! Penatnya kaki berjln di pinggir Sg Tigres.....Pemandangan di Itali tak secantik CAPE TOWN. Itu yg pasti. Tiap2 hari spageti dan pizza....