Followers

Saturday, August 29, 2009

BAB 6 - MELANCUNG KE AMERIKA ....

Hari ini saya ingin bercerita pengalaman berada di bumi Amerika pula... penerbgn ke Los Angeles memakan masa hampir 14 jam di dlm kpl trbg. Bayangknlh trfikir di dlm kepala, di mana mrk ltk sbyk2 bhn api dn air di dlm sebuah kpl trbg. Penerbangan itu tanpa transit dimana2. Tuhan saja yg tau betapa takutnya . Kalau lah jadi apa2, entahlah. Apabila waktu sembahyang, sembahyanglah ditempat duduk saja...

Sesampai di bumi Amerika, kami terus ke hotel. Ketika itu waktu siangnya sgt panjang dr mlm. Bygkan subuh pkl 4 pg, bas mula bergerak pkl 9 pg. Mata tak blh tidur lepas subuh kerana diluar dah terang benderang. Jenguk diluar cermin, lihat gelagat2 org putih. Terkejut sekali dpt melihat bagaimana mrk membersihkan setiap jalan. Beberapa lori membersihkan jalan dan mengemop sekali jln2 raya. Mana tak bersih nya... takde sampah pun...

Waktu sampai sempat posing... sebagai kenangan...


Saya meneliti jadual lawatan. Alamak. Sehari suntuk berjalan!!. Mana ada masa nak sembahyang. Mana ada masjid di Los Angeles ni...Tak sama di Moscow dulu, ptg kami balik hotel. Mlm jln semula. Adalah ruang sembahyg di hotel... Aduh! Sakit. Takpe2 ... dlm hati kecil ini berdoa agar diberi ruang utk bersembahyang nanti. Bawa telekong dan stokin sekali, juga botol mineral... Nak tau cerita botol mineral ni?

Ok. Semasa di Moscow.. Spt biasa botol mineral mmg sentiasa dlm bag tgn.. maklumlah dlm toilet mrk mana ada air nak bersuci. Kami dibawa ke tempat shopping. Selesai shopping, saya menuju ke kaunter nak settlekan bill. ALAMAK!!! Pabila menuju ke satu lorong, saya dipegang krn ada bunyi di pintu itu. Pengawal dtg dan menyuruh membuka bag. Mmglah ada botol mineral yg kosong tu. Dia memberi isyarat bahawa saya minum dan menyoroknya... Susah nak berkomunikasi menggunakn bhsa isyarat... Mrk tak tau bahasa Inggeris pulak tu. Saya pun mengeluarkan duit dan terus beredar dr situ dgn perasaan yang sangat malu...

Berblk cerita di Los Angeles... Kami dibw melawat universal studio.. Bygkan kita ditipu hidup2 oleh org putih. Mcm dlm cerita UNDER WATER , kita igt dibuat dilaut.Tapi nak tau apa? Pengambarannya dibuat di dlm takungan air je... Air dipacut dr atas utk jdkan pelangi, gelombang air laut... sungguh kagum... Lagi 1 tempat dimana KING KONG betul2 berada didpn kami... funyoh! menjerit semua!...

Kemudian kami dibw ke HOLLYWOOD. Ketika bersiar2 di situ, terserempak dgn ramai org Malaysia... Maklumlah tempat bintang2 terkenal...Tibalah masa utk solat.. Saya tak tau mana nak pergi. Terbuka hati saya utk pergi ke sebuah Coffee Shop. Saya meminta kebenaran utk guna toilet dan bertanya ada space tak utk kami sbyang. Dgn perasaan leganya kami dibw ke satu sudut. Nasib baik arah penunjuk kiblat sy bw brsama. Kami bersyukur, selesailah utk hari itu..


Semasa lawatan sehari suntuk di DISNEYLAND, Saya jadi mcm budak kecil semula. Memang tempat itu utk anak2...
Pasal makan? Susah nak tau ayam dan daging di sini halal ke tak. Alangkan di Malaysia pun kita tertipu jg. Ni kan di Amerika.. Saya mengambil jalan tengah makan seafood je.. Nasi? susah nak dpt kecuali kat Chinatown je...Selepas lbh seminggu berada disana, sampai je di KLIA, hantam sepinggan nasi dgn harga RM20. Mahalnye....

Itulah diantar pengalaman yanga dapat saya kongsi bersama. Maaf tak dapat cerita semua... Di sini disertakan sekali beberapa keping gambar semasa berada di sana utk tatapan...

bersama anggota polis Los Angeles...

Di Taman Disneyland... tringatkn kpd anak2 - Pasti mrk sronok jika berada disini
melihat watak2 cartoon kgmrn mrk

brgmbr di dpn rumah2 watak cartoon di Disneyland

di studio yg tErbESaR dI dUniA, Universal Studio

ALAMAK! saya dimakan jaws... hehe... gurau je...

brgmbr dgn STAR milik penyanyi pop terkenal, Michael Jackson di Hollywood
berebut-rebut hndk brgmbr di situ siap kena queue lg...tension2

tmpt shopping yg TERBESAR, Desert Hills anda jgn bimbang,

semua brg yg anda cari trdpt di sini...dr yg branded kpd yg biasa

brada di perkampungan COWBOY


Tuesday, August 11, 2009

BAB 5 - MELANCUNG KE RUSSIA

Saya mohon jutaan kemaafan kepada pengunjung blog ini terutama yang telefon terus kepada saya kerana tertunggu-tunggu bilakah Bab seterusnya iaitu pengalaman melancung ke luar negara akan saya muatkan dalam blog ini. Kelewatan ini adalah kerana kebetulan saya dan keluarga tidak begitu sihat, demam dan sebagainya. Kami dikuarantin dalam rumah selama 7 hari. Jadi waktu inilah yang paling sesuai untuk saya berehat. Inilah bala dari Allah kepada hambanya yang derhaka. Segala kejahatan dibinkan kepada Islam, segala kemungkaran dibintikan kepada Islam. Yang Islam pula sekadar mengaku Islam, tetapi melakukan kemunkaran dan maksiat sepanjang waktu ditambah pula dengan mengajak orang lain turut melakukan bersama mereka.

Inilah yang dinamakan sesat lagi menyesatkan. Ramai yang melakukan dosa besar tetapi konon memperjuangkan Islam, malah tidak pernah rasa takut akan azab Allah Azzawajalla. Allah Taala menurunkan bala tidak mengenal siapa dan tidak terfikir oleh kita apa yang akan berlaku. Dalam hal ini saya menyeru agar kita semua pulang ke pangkal jalan dengan menjadikan AlQuran dan Hadith sebagai rujukan dan panduan hidup.

OK lah kembali kita pada melancong, kali ini saya hanya dapat berkongsi beberapa keping gambar ketika berada di Russia. Gambar bersama rakan-rakan Tupperware dan CEO Tupperware.

Belakang roket Neil Armstrong yg prtama
mendarat di bulan.

Terowong kereta api yg brada sedlm 2km di
bawah tanah, sungguh menyeramkan...

uniform yg dipakai oleh angkasawan di
Pusat NASA Moscow.

di sbatang jln raya di bndr Moscow.
Walaupun di bawah matahari terik, tetapi
cuaca sungguh sejuk.

Moscow di waktu mlm...

di hadapan salah sebuah gereja
TERBESAR
di Moscow yg berwarna-warni

Thursday, August 6, 2009

BAB 4 - PENGALAMAN MELANCUNG KELUAR NEGARA

Alhamdulillah, Tupperware telah menaja saya melancung secara percuma hampir keseluruh benua didunia ini. Adalah beberapa negara yang kena tambah RM sikit dan ada yang bukan sekadar percuma terus tapi dapat wang saku lagi. Diantara negara tersebut ialah Amerika, China, Italy, Russia, New Zealand, Australia, Afrika Selatan, Thailand, Indonesia, Viatnam dan lain-lain lagi.
Insya Allah akan saya kongsikan pengalaman melancung ke negara-negara tersebut dan foto-foto yang diambil disana. Jadi peluang ini jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja, eloklah setiap program pelancungan disertai kita bersama. Alhamdulillah juga saya telah terpilih untuk melancung ke Mesir pada bulan November ini dan bolehlah ziarah anak yang sedang belajar disana.

Insya Allah saya sambung lagi lain kali...

BAB 3 - KONGSI PELUANG PERNIAGAAN

Bagi pengunjung blog ini, saya sangat-sangat berterima kasih mengucapkan "Ahlan Wasahlan Wamarhaban Minkum". Saya menyediakan blog ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah, tetapi sekadar ingin berkongsi pengalaman dan peluang yang disediakan dalam perniagaan ini. Untuk itu saya kenalah membuktikan bahawa perniagaan ini agak mudah dilaksanakan disamping menikmati ganjaran yang kalau kita tidak rebut ia akan direbut oleh orang lain.
Perniagaan ini berkonsepkan MLM dan merupakan Jualan Langsung yang tertua dinegara ini. Jadi tak perlu kita bersusah payah menerangkan keperluan dan kegunaan barangannya. Sebagai contoh sebut sahaja 'Tupperware' semua orang dah kenal. Cuma apa yang berlaku ialah sebut 'Tupperware' tapi plastik biasa yang dimaksudkan dan bukannya 'Tupperware.
Disini saya membuka peluang yang ada kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk berkongsi peluang yang ditawarkan kepada semua ahli Tupperware. Kerja mudah, kata orang buat satu dapat beribu.
Buat satu ialah:-
~Mendaftar sebagai ahli Tupperware
Caranya semudah ABC iaitu:-
A. Ahli - Isi borang Ahli
B. Buat bayaran ahli - dapat barangan Tupperware
C. Cari pelanggan - jual barang atau buat semula step ABC
Dapat beribu ialah (mengikut plan yang ditetapkan):-
~ Dapat untung runcit
~ Dapat bonus
~ Dapat melancung keseluruh dunia percuma
~ Dapat ramai kawan
~ Dan lain-lain lagi.
Mungkin saudara/saudari perlukan wang yang banyak, Insya Allah masalah ini akan selesai. Mungkin saudara/saudai orang kaya, saudara/saudari dapat melancung keseluruh negara Percuma. Bagi orang yang kurang kawan akan dapat bramai kawan dan sebagainya dan banyak lagilah. Untuk keterangan lanjut hubungilah saya atau layarilah blog dari masa kesemasa.

Tuesday, August 4, 2009

BAB 2 - BENIH YANG KUTANAM MEMBUAHKAN HASIL

Foto 1. Suami & anak-anak di bawah Pokok Anggur Taman Mini di rumah saya. Saya sbg juru foto.

Al-Quran melalui surah Al Baqarah, ayat 261, Hadith Nabi serta panduan yang lain mengajar saya untuk mendapat kejayaan yang haqiqi. Berjaya bukan bermakna kaya tetapi kesenangan didunia dan kesejahteraan diakhirat.
Alhamdulillah atas tunjuk ajar dan asas yang dimulakan oleh Allahyarhamah ibu dan Allahyarham bapa saya yang tercinta, saya telah didedahkan ke alam perniagaan sejak dari kecil lagi. Di alam sekolah rendah, sebelum kesekolah saya pergi menjual kuih-muih serta mi yang dibuat oleh Allahyarhamah ibu.
Kini ilmu dan segala pengalaman yang ada serta bantuan dan sokongan suami yang tercinta saya gabungkan lalu dipraktikkan dalam kerjaya sebagai seorang guru dan dalam perniagaan Tupperware. Alhamdulillah bapa mertua saya Tuan Guru Haji salleh bin Hassan juga banyak mengingatkan saya tentang perniagaan secara Islamik.
Setelah benih ditanam, kini saya menuai hasil yang sangat lumayan. Bersyukur saya kepada Allah s.b.t kerana usaha saya diberkati malah di tuai bermula didunia ini lagi dan Insya Allah akan berpanjangan hingga ke akhirat kelak.

Hasil yang paling ketara ialah kini saya berjaya menjejaki tahap 'AED Tupperware' dengan pendapatan yang sangat lumayan. Kejayaan ini lengkap apabila hasrat saya untuk menunaikan ibadah haji bersama suami tercapai pada tahun 2007/2008 yang lalu.
Foto 2. Suami & anak-anak dihadapan rumah hasil perniagaan Tupperware.
Syukur Alhamdulillah juga kerana kesemua anak-anak sudah menampakkan kejayaan pelajaran yang sangat lumayan. Anak-anak saya, diperingkat rendah ada yang belajar di sekolah Rendah Jen. Keb. China dan ada juga di Sek. Kebangsaan. Di peringkat menengah, saya utamakan pelajaran Agama Islam secara formal iaitu belajar di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh. Secara terperinci adalah seperti berikut:-

1. Muhammad Firdaus - Pelajar Undang-undang di UITM, Shah Alam
2. Nur Farahayn - Pelajar Undang-undang & Syariah, UIAM, Gombak
3. Nur Fadhilah - Pelajar Perubatan & Segeri, Univ. Al-Azhar, Mesir
4. Muhammad Faiz - Tingkatan 5, Sek. Model Khas Sri Tualang, Temerloh
5. Muhammad Fahmi - Pelajar Tahfiz Sek. Men. Agama Al-Khairiah, Temerloh
6. Muhammad Farhan - Pelajar Tahfiz Sek. Men. Agama Al-Khairiah, Temerloh
7. Nurul Faizah - Tahun 4, Sek. Keb. Abu bakar, Mentakab.
Nak kenal anak-anak saya click sahaja http://www.arshadtakaful.blogspot.com/

Monday, August 3, 2009

Bab. 1. Langkah Awal Sebagai Business Women

Sebagai seorang guru, sudah semestinyalah bertugas mengajar anak murid supaya menjadi pandai dan menjadi manusia yang berguna. Sebagai seorang ibu pula, sudah pasti berperanan memelihara dan mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah. Harapan saya setinggi langit mengharapkan agar anak-anak lebih berjaya dalam hidup mereka malah jauh lebih berjaya dari segala yang dinikmati oleh ibu atau bapa mereka.



Sehubungan dengan itu saya yang berasal dari keluarga yang serba kekurangan dan hanya berjawatan sebagai guru biasa, rasanya tidak akan tercapai cita-cita untuk meletakkan anak-anak agar lebih berjaya dari ibu bapa mereka. Zaman ini semua memerlukan wang. Nak kereta perlu wang, nak rumah perlu wang, nak makan perlu wang, anak-anak sekolah dan universiti perlu banyak wang, buku dan peralatan belajar nak dibeli, yuran tution nak kena bayar dan sebagainya. Untuk itu saya tidak boleh hanya mengharapkan gaji dan mesti berusaha cara lain untuk menambah pendapatan sekelurga.
Atas dasar keyakinan yang jitu atas hadith Rasulullah s.a.w. bahawa 90% pendapatan adalah berpunca daripada perniagaan, maka saya cuba-cuba menceburkan diri dalam bidang perniagaan iaitu 'perniagaan Tupperware'. Perniagaan ini sangat unik tetapi lumayan. Bermula dengan hanya menjadi ahli biasa iaitu sebagai pengguna barangan Tupperware. Kemudian bawa katalog Tupperware kesekolah dan letakkan atas meja guru. Seorang guru lain ternampak lalu membelek-belek katalog tersebut dan bertanya "Cikgu jadi agen ke?". "Ya" jawab saya pendek. "Saya nak oder lah. Boleh dapat harga ahli tak" tambahnya. "Boleh! Tapi kenalah jadi ahli. Jadi ahli banyak faedahnya. Diantaranya ialah beli dengan harga murah, kalau jual dapat untung, kalau ada orang lain nak jadi ahli, kita boleh bina rangkaian mengikut konsep MLM"

Bermula dari situlah perniagaan saya berkembang. Hari demi hari makin ramai yang membeli Tupperware dan makin ramai yang menjadi ahli. Jadi adalah untung sikit... Bolehlah hantar anak tution dan beli buku-buku tambahan untuk anak-anak... Lama kelamaan ada diantara guru-guru yang menjadi ahli tersubut berpindah sekolah. Ini petanda baik kerana perniagaan saya mula berkembang ke sekolah lain. Perkembangan ini berterusan sehinggalah bukan hanya dikalangan guru-guru, malah pegawai kerajaan, suri rumah tangga, bussiness women sepenuh masa dan macam-macam ada.

Nak jadi rezeki kata orang, kebetulan ramai anak saya yang belajar di Sekolah Rendah Cina, jadi ramailah Cikgu bangsa Cina beli Tupperware dan jadi ahli melalui saya. Maaf cakaplah orang Cina beli Tupperware kau-kau. Paling kurang dua tiga ratus RM malah ada yang sekali beli mencecah Rm3,000.00. Rezeki saya makin mencurah apabila surat khabar Cina ada beberapa kali menyiarkan bahayanya menggunakan bekas plastik biasa serta menamakan barangan Tupperware adalah pengganti terbaik. Barangan Tupperware dijamin sepanjang hayat. Kalau rosak boleh tukar. Diantara barang keluaran Tupperware adalah seperti di atas.