Followers

Friday, October 23, 2020

Family Day di Samsuria Beach Penthouse, Kuantan.

 

Sebelum tahun 2019 berakhir, kami bercuti di Kuantan sambil menyambut Hari Kelahiran.


Semua hadir kecuali Dr Faiz  kerana dalam proses bertukar berpindah ke Hoshas. 


Anak-anak membuat kejutan makan malam di Restoran terkenal iaitu di  MINT. Dapat hadiah bag COACH. Tq anak-anak. Kami dihidangkan dengan western food.


 

Seronok cucu-cucu berlumba-lumba ke pantai. Pantainya cantik dan landai. Asal neneknya tak mau berendam di air laut kerana malas menukar baju. Akhirnya basah juga jubah nenek dek cucu-cucu.

REUNION APT Kali Ke 2


 




Majlis ReUnion Anak-anak Polis Temerloh telah di adakan pada 5.10.19. Majlis di hadiri oleh semua anak- anak serta cucu-cucu Pegawai Polis yang bertugas di  Balai Polis Temerloh suatu masa dulu.





Ini adalah perjumpaan kali ke 2 . Dapatlah kami mengimbau kembali kenangan-kenangan yang lalu.

Ini di antara kami yang sebaya. dulu-dulu masih kanak-kanak dapat bermain" Police  Suntree " bersama.
Ada di antara kami yang datang dari jauh terutama di sebelah utara semata-mata utk bertemu ,

Tidak ketinggalan, anak saya Ustaz Muhammad Fahmi Al Hafiz di jemput untuk memberi sedikit tazkirah dan doa selamat.

Pengerusi APT, Abg Lee memberi sagu hati kepada Muhammad Fami.

Ini sebahgian dari ahli-ahli yang hadir. Semuga akan ada lagi ReUnion kali ke 3 pula, InsyaAllah.

Majlis Konvo Fahmi di Darul Qur"an bagi Ijazah Al Qur'an dan Sunnah

 

Majlis Konvokesyen Darul Qur'an peringkat Ijazah bagi Muhammad Fahmi berlangsung di Kuala Kubu. 
Setelah hampir 3 tahun berusaha , segulung ijazah dapat diperolehi .dengan cemerlang. Semuga menjadi seorang ustaz yang dapat memberikan ilmu yang bermanafaat kepada agama Islam. Semuga berjaya dunia dan akhirat. Amin.