
Bertemu kembali. Kali ini saya mendapat peluang melancung ke
Pulau Langkawi bersama 3 org anak-anak iaitu
Muhammad Firdaus,
Nurfarahayn dan
Nurfadhilah. Kami pergi menaiki Air Asia.

Di dalam penerbangan bersama ahli
TUPERWARE yang lain.
Sempat berposing lagi...

Kami berpeluang pergi ke
Pulau Payar dengan menaiki bot mewah.
Perjalanannya mengambil masa 45 minit

Bergambar di hadapan hotel dan banner
PREMIER QUEST - LANGKAWI ACHIEVER . Seronok dapat pergi berempat ke sana
FREE, semua ditanggung kecuali shopping.
Di dalam cruise ke Pulau Payar. Menghabiskan masa berbual-bual
sambil mengisi perut dgn makanan yg disediakan.
Muhammad Firdaus dan
Nurfadhilah ber'snokling', menikmati
pemandangan di dasar laut dgn ikan2 yg sgt jinak Seronoknya...
saya dah mula pening2 dan muntah dicelah2 papan.
Memang saya mudah kena '
mabuk laut'.
Nurfarahayn tidak 'joint' sekali, dia lbh suka berlegar2 di atas dek sambil memberi makan ikan2 tu... Tak mau basahkan badan katanya.. Selepas itu dia bersama ahli yg lain menaiki bot yg mempunyai cermin di bwh utk menikmati keindahan dasar laut yg sungguh cantik. Sungguh menakjubkan kejadian yg Allah tunjukkan ini.

Saya dah tak sanggup lagi... Kami pergi ke pulau menaiki bot yg telah disediakan. Anak2 menukar baju untuk bermain air di tepi pantai itu.

Bayangkanlah td kami berada di atas pelantar di tengah laut itu.
Bergoyang2 di landa ombak.. Mana nak tahannya.

Keesokkan harinya, berpeluang menaiki bot melihat kehidupan
burung2 helang di
Pulau Langkawi ini.

Sebelah malam, diadakan majlis '
berbeque'. Bermacam2 jenis makanan laut dibakar bersama daging ayam dan lembu. Kami makan sehingga kenyang.
Itulah di antara beberapa kenangan yg indah melancung bersama anak. Hilang rasa letih ketika melihat anak2 bergembira . Bersyukur kepada Allah yg memberi nikmat kepada kami...