Followers

Monday, January 25, 2016

Cappadocia, Turki.

Kumpulan kami bergambar di puncak bukit di Cappadocia.

 Dari Konya, bertolak ke Kappadocia mengambil masa hampir 3 jam setengah. Perjalanan sejauh 225 km. Ini adalah peristiwa di Kappadocia selama 2 hari di situ.

 Tempat yang mesti dibawa oleh pemandu pelancong ialah 3 tempat ini. Kilang handmade carpet.

Pottery shop.

 Jewellery . Hahaha.....duit je tak cukup nak beli. Mahal betul. Tak sanggup nak beli.

 Tibalah masa untuk dibawa ke Underground City of Kaymakli.

Pelancong boleh masuk sehingga Level 4 di bawah tanah.  Tapi saya masuk sehingga Level 2 sahaja kerana sempit dan perlu membongkok. Dah tua tak larat nak masuk sampai ke bawah.

 Kami menunggu di luar sehingga yang muda muda naik ke atas semula. Sambil tu posing posing sikit.
 Selepas itu pergi ke Gerome Open Air Museum pulak. Ianya termasuk dalam UNESCO World Heritage List.

 Di sini dapat dilihat seperti bangunan bangunan tinggi dari batu. Di dalam atau di bawah terdapat bilik bilik dan gereja gereja tempat penempatan orang Keristian yang berlindung dan bersembunyi sini.

 Salah satu lorong bawah tanah menuju ke peninggalan gereja dan rumah rumah yang diukir daripada batu. Ianya sebuah kota bawah tanah.  Salji meliputi gua batu.

Posing di hadapan gua batu di Gerome ini. Sebuah penempatan purba yang sangat unik keadaan bentuk muka buminya.

 Malam pertama kami dihidangkan dengan Arabian Night. Mula mula kami dihidangkan dengan tarian derwish (sufi berpakaian putih). Selepas itu tarian tarian dengan berbagai pakaian. Tidak ketinggalan tarian separuh bogelnya. Maaf gambar tidak boleh letak kerana terlalu seksi dan tidak menutup aurat.
 Lagi satu tempat yang mesti di bawa aialah tempat ice crean Mado ini. Wow.... harganya boleh tahan juga. Makan lah satu sebagai kenang kenangan. Tapi tak berbaloi.

 Kami perlu bertolak seawal 5 pagi ke lokasi tempat Air Hot Ballons. Kami diberi snack sementara menunggu ballon menjadi panas. Up up on the way.....

Selamat tinggal Cappadocia setelah 2 malam kami menginap di Hotel Yiltok. Esok akan menuju ke Angkara dan menginap di Bolu. Jumpa lagi.