Followers

Saturday, May 26, 2012

Cuti sekolah bermula....

Cuti sekolah sudah bermula. Masih takde perancangan apa -apa lagi kerana anak-anak masih bersekolah kelas tambahan. Yang hebatnya dari semalam dan hari ini ahad pun mereka ada kelas tambahan dari pagi dan petang.

Insyaallah berkat usaha yang perpanjangan, di harap Sek Men Agama AlKhairiah akan meraih kecemerlangan samada dari PMR, SMA atau SPM. Tahun ini dua anak yang akan menduduki peperiksaan SMA dan SPM. Yang bongsu baru di tingkatan satu. Kesian , dialah yang selalu mendesak untuk pergi ke mana2 di musim cuti ini.

Insyaallah, Ijah....kita boleh berjalan selepas abang-abang berdua tu habis kelas tambahan. Kemungkinan sehingga rabu minggu depan mereka ada kelas tambahan. Terima kasih guru-guru sekalian , semuga Allah jua yang dapat membalas jasa kalian semua...

Jadi, walaupun cuti sekolah...kenalah bangun pagi-pagi juga untuk sediakan sarapan pagi untuk abang-abang Ijah sebelum ke kelas tambahan...