Followers

Thursday, April 10, 2014

Last day in London ...Bahagian Akhir.

 Hari ini hari terakhir berada di London. Hari ini adalah aktiviti bebas . Kami mengambil keputusan ke utara London.

 Dari hotel kami menaiki bas ke Marylebone Station.

 Kami bertolak awal pagi kerana tempat yang nak dituju agak jauh sikit.

 Inilah pemandangan di dalam station berkenaan.

 Setelah menaiki keretapi pertama itu kami sampai ke stesen TUBE iaitu keretapi bawah tanah. Jauh kami menuruni tangga bergerak.

 Sampai di bawah dan menunggu keretapi bawah tanah. Sempat berposing beramai ramai. Bila lagi????

 Di dalam keretapi bawah tanah.....

Kami  menuju ke Bicester Village iaitu sebuah kawasan shopping outlet barang berjenama.

 Inilah pintu masuk ke Chic Outlet Shopping, Bicester Village, London.

 Pemandangan di dalam kawasannya sangat luas.

 Beraneka kedai kedai berjenama di sini....

 Ini merupakan Restoran yang dimiliki oleh Jamie Oliver yang terkenal itu.

 Kami makan tengahari di salah sebuah restoran yang terdapat di sini iaitu di Villandry Grand Cafe.

 Inilah fish n chips , makanan tengahari kami berhara 15 paun. Kalau kita convert harga kita RM 82.50. Hee..

 Di sini juga ada Mosalla khas. Setelah hampir petang, Kami menaiki shuttle yang disediakan khas untuk ke Bicester North Train Station.

 Inilah stesen keretapi yang akan kami naik untuk ke station TUBE ....

 Kenangan gambar beramai ramai .....

 Keretapi sudah pun tiba....Kami akan menaiki TUBE sepertimana kami datang ke sini pagi tadi. Sungguh letih tapi seronok kerana kami dapat menjalani kehidupan seperti warga kota London. Inilah pengalaman yang tidak akan kami perolehi jika tiada aktiviti bebas sehari ini.

 Sampai di hotel sudah lewat malam. Kami cuma makan bubur nasi yang dimasak kerana sudah letih hendak keluar lagi membeli makanan untuk malam itu.... Keesokan pagi, kami di bawa ke Lapangan Terbang  Hearthrow, London.

 Setelah check in bagasi....sempat lagi shopping kali terakhir menghabiskan matawang paun....

 Menunggu kapal terbang untuk balik ke tanah air yang ditinggalkan selama 14 hari...

Selamat tinggal Kota London....bilalah akan dapat ke sini lagi...Home sweet home, Malaysia Tanah Airku.