Followers

Wednesday, September 23, 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

 Ahad lepas 20.9.15, anak sulong, Muhammad Firdaus telah dinikahkan dengan Suhasnina bt Uyub.

 Majlis berlangsung di Pekan, Pahang.

 Bergambar bersama pengantin.

 Keluarga kami kecuali Nurfadhilah yang berada di Mesir di tahun akhirnya.

 Rombongan kami dari Temerloh......

 Nurfadhilah mengambil kesempatan tidak balik ke Malaysia pada raya haji ini tetapi melancung ke Hurghada, Mesir.

 Sebuah tempat di tepi pantai di Laut Merah. Perjalanan dari Cairo selama 6 jam.

Bestnye...Dila naik 'parasailing' dengan bot laju dibawa oleh Pak Arab dan melakukan 'diving' di Laut Merah... Ibu pun tak pernah lagi melakukan aktiviti aktiviti itu... Eeeee....jelesnya..
Selepas solat raya, dengarnya mrk akan dibawa melihat 'Dolphin' di Laut Merah.

Sekarang di rumah, kami menyiapkan rumah utk upacara menerima menantu pada 26.9.15, Sabtu.Hari ini khemah sudah siap dipasang.

Semuga majlis berjalan lancar, InsyaAllah.

Thursday, September 10, 2015

Usrah mingguan di rumah.

 Alhamdulillah..selesai Usrah Mingguan dijalankan di rumah semalam.

 Majlis dimulakan dengan bacaan Al Ma'thurat beramai ramai.

 Kemudian kami membaca kitab dan berbincang bersama sama.

 Selepas itu baru Ustazah mengulas secara terperinci isi kitab dan menyampaikan isu isu semasa.

 Akhir sekali sessi soal jawab.

Semuga kami mendapat petunjuk dan kekuatan dalam meneruskan  perjuangan ini. Amin.