Followers

Monday, February 29, 2016

Makan Time with Family.

 Sempena anak anak balik ke Temerloh baru baru ini, kami keluar makan steamboat.

 Makanan dihidang secara buffet. Ada steak, makanan laut dan bahan bahan utk steamboat, nasi goreng, buah buahan, rojak, bubur, kueh mueh serta ice cream.

Makan lah seberapa yang mampu makan. Tapi biasalah kita perempuan kurang makan dan cepat berasa kenyang. Akhirnya, hanya memerhatikan anak anak makan. Sedap juga terutama sos nya. Sekali sekala boleh lah makan di luar tapi lebih menjimatkan buat sendiri.

Sunday, February 21, 2016

Kelek Kelate.....

 Awal tahun baru ni, kami balik Kelantan dengan menaiki Estima di pandu oleh Abg Nasir dan menantu, Nizam secara bergilir gilir. Inilah rumah Arwah ibu dan bapaku yang di turunkan kepada adik lelaki, Makyi.

 Memang sangat selesa. Susah betul nak berjalan jauh sekarang ini kalau drive memang tidak sampai lah.

 Di Kelantan kami tidak melepaskan makan makanan favaourite seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk dan nasi impit bersama sambal kelapa. Lebih seronok lagi dapat beli dan makan Etok. Yummy...yummy...


 Kebetulan baru balik dari Turki, abang dan adik lelaki dapat pakai baju t shirt dari Turki.
 Ha ha ha ha.... mcm askar tegaknya.

 Sempat juga makan satay terkenal di Wakaf  Bharu. Menantu first time balik Kelantan.

 Maka ditanya lah penjual tu...."Satay perut ada?" Jawap penjual, "Tok Wat hari ni".
 Tercengang menantu tak faham. Hihihihi...

Sedap juga dan besar sataynya. Service pun tip top.. Best. Itulah kenangan balik Kelantan selama 4 hari. Terima kasih adik, Makyi yang melayan kami. Semuga kita dapat bertemu lagi.

Tuesday, February 16, 2016

Almaty,Kazakhstan.

 Dari Istanbul ke Almaty menaiki kapalterbang selama 6 jam. Sampai di Almaty, kami dibawa dengan sebuah bas bersama bagasi ke Hotel Holiday Inn untuk berehat. Almaty merupakan bandar yang terbesar di Kazakhstan.


 Sampai saja bersarapan di hotel dan naik ke bilik untuk berehat. Salji sedang lebat turun di sini. Cuasa sangat sejuk. Pemandangan dari bilik. Sekejap saja salji dah mula tebal meliputi bumi.
Tidak kelihatan kelibat manusia langsung. Agak agaknya semua sedang duduk di heater masing masing.

 Setelah bangun dari tidur terasa hendak turun ke bawah menikmati cuaca sejuk di sini. Snowing uuuuu.....

 Kawan kawan yang lain pergi berjalan jauh lagi ke kedai kedai berhampiran dalam salji. Kami cuma mengambil gambar sekitar hotel sahaja.

 Badan terasa sangat letih setelah berjalan di Turki. Kereta di jalan raya main redah je salji . Jalanraya menjadi licin dan merbahaya.

 Kami keluar selama 5- 10 minit sahaja sudah beku kaki tangan. Memang cuaca salji sedang turun dengan salji sudah membeku sangat berbeza. mungkin lebih dari negatif 10 kerana terlalu sejuk. Patutlah tiada sebarang gerakan manusia pun di luar.

Akhirnya setelah makan di bilik masing masing, kami mula bertolak ke Airport selepas mengerjakan solat maghrib dan isyak di bilik. Perjalan dari Almaty ke KLIA memakan masa lagi 9 jam.

Gambar kenangan di Almaty Airport sementara menunggu kapalterbang tiba. Semasa mula mula sampai dulu, penerbangan kami delayed lebih kurang 4 jam kerana keadaan salji yang tebal dan kerosakan kepak kapalterbang yang dikatakan beku tak boleh terbuka. Memang menakutkan.

Alhamdulillah kami tiba di KLIA dengan selamat.

Monday, February 15, 2016

Istanbul, Turkey. Hari hari terakhir di Turkey.

 Dari Bolu ke Istanbul sejauh 266 km. Sampai sahaja di Istanbul, hujan mulai turun membasahi bumi.
Kami makan tengahari di bawah Jambatan Bosphorus yang membahagikan Istanbul kepada 2. Asia dan Eropah.
 Angin bertiup kencang dan sejuk. Pemandangannya sangat cantik.

 Inilah makanan tengahari kami. Di sini terkenal dengan ikan fresh yang di salai. Yummy...sedapnya....

 Kami dibawa ke kilang pakaian terutama yang di buat dari kulit. Tapi harganya...tersangatlah mahal.


 Kemudian di bawa melawat dan bersembahyang di Blue Mosque.


 Pemandangan dari sudut lain. Memang cantik. Ada taman di sekitar masjid ini untuk melepak.


 Ini ialah Hagia Sophia yang terkenal. Dulunya sebuah gereja tetapi di ubah menjadi masjid di zaman Ottoman. Dan akhirnya di jadikan muzium.

 Di dalam Hagia Sophia banyak gambar dan lambang keristian diubah sesuai dengan masjid.

 Pemandangan dari jauh Hagia Sophia.

Selepas itu kami dibawa menaiki Bosphorus Cruise secara 'private'.

 Sebelum menaiki kapal, sempat bergambar. Janganlah mabuk laut kali ini.

 Kami menaiki kapal ini sambil melihat pemandangan kota Istanbul. Kelihatan Jambatan Bosphorus yang menghubungkan sebelah Asia dan Eropah Istanbul sangat indah tersergam di atas sana.

 Sambil berlayar kami menjamu selera di tingkat bawah ada disediakan sebuah Cafe. Di atas sangat sejuk angin laut meniup sehingga terasa hingga ke tulang. Di Cafe ini ada disediakan heater.

 Akhir sekali Topkapi Palace yang menempatkan kesemua Ottoman architecture dan sejarah sejarah Sultan di zaman Ottoman. Ia dibina oleh Sultan Mehmed 11.

 Masa untuk shopping di Grand Bazaar Macam macam ada dijual di sini.

 Ukiran di sebelah atas Grand Bazaar pun sungguh cantik. Dapat juga beli T shirt untuk anak anak dan piring yang di ukir dengan tangan untuk hiasan.

 Ini pula di Spice Bazaar sebelum on the way ke Antartuk Airport.

 Saffron dan pelbagai jenis rempah ratus Turki ada dijual di sini.

 Lampu lampu Turki pun sangat cantik. Aduh...nak beli tapi macamane nak angkut buat Hand Lugage.

Gambar kenangan bersama di Istanbul. Selepas ini akan menaiki kapalterbang ke Almaty, Kazakhstan. Berjumpa semula di sana.

Thursday, February 4, 2016

Angkara dan Bolu, Turkey.

 Breakfast akhir di Cappadocia. Makan pancake dengan honey fresh from the farm. Bestnya....

 Ni saja yang boleh masuk dalam perut pagi ni. Yang lain pandang je lah. Perut perlu diisi kerana perjalanan dari Cappadocia ke Angkara lebih kurang 272 km. Fuyoo....

 Sebelum sampai ke Angkara sempat singgah berehat untuk toilet di tepi tasik. Cantik pemandangannya.

 Akhirnya sampai juga di Angkara. Sebelum ke Ataturk Mousaleum, kami makan tengahari di sini.

 Terkenal dengan bebola daging bersama soup dan seperti biasa sedikit nasi, roti dan salad.

 Dah makan 5 ketul bebola daging pin dah kenyang . Macamane nak makan nasi dan roti lagi. Huhuhu......Selesai makan, kami mencari masjid di Angkara untuk bersembahyang zohor dan Azar dulu.

 Inilah di makam terletaknya Kamal Atarturk berada.

 Di tepinya ada galeri diceritakan sejarah sejarah dan gambar gambar, tapi kamera tidak boleh digunakan di dalamnya.

 Sambil lalunya kerana tidak berminat mengetahui lebih mendalam kerana ada perasaan benci. Kami banyak menghabiskan gambar di luar yang sejuk.

 Ini lah kubor Mustafa Kamal Artatturk yang semua orang sudah tahu bagaimana beliau dikuburkan di bawah timbunan batu marmar yang berat ini. dan juga setelah mayatnya diawetkan dan berada di Istanbul sekian lama.
 Beliau lah yang di gelar bapa sekelarisme. Cara kematiannya juga sengguh tragis. Kuasa Allah mengatasi segala galanya dan hanya Allah saja yang mengetahui atas apa yang di pertunjukkan kepada kita supaya menjadi pengajaran.

 Selepas berada di Angkara, kami berlepas ke Bolu. Dalam perjalanan jalanraya diliputi salji yang tebal.

 Dari pandangan tingkap bas, salji agak tebal di tepi jalanraya. Agaknya mesti negatif diluar.

 Salah satu lagi pemandangan di luar. Sejuknya. Grrrrrrr..........

 Perjalanan dari Angkara ke Bolu hampir 200 km. Kami menginap di Hotel Koru untuk bermalam di sini. Bolu terletak di Barat Laut Hitam. Ianya terletak di antara Angkara dan Istanbul.

Tarikan Bolu ialah keadaan hutan hutan dan gunung ganang serta tasik tasik yang cantik dan sejuk.
Sempat bergambar di sekitar hotel sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul.