Followers

Saturday, November 29, 2014

Takaful Ikhlas bersama suami tersayang.

 Pada 16.11.14 baru ni, kami bertolak ke Hotel Majestic KL untuk Hari Anugerah Takaful Ikhlas.

Acara dimulakan dengan ceramah dari dua tokoh terkemuka iaitu Ustaz Don dan Ustaz Zulkifli yang membincangkan tentang Riba.

 Selesai ceramah, kami berhenti rehat sebentar untuk solat Maghrib. Ustaz Don meninggalkan majlis.

 Kami bersama Upline yang sentiasa memberi tunjuk ajar sehingga kami berjaya menjadi Pengurus.

 Bergambar sebelum majlis bermula ..

 Abang menyanyikan bersama lagu tema Takaful Ikhlas beramai ramai.

 Di antara nombor nombor yang menang cabutan bertuah.

 Di antara makanan yang dihidangkan. Dua ekor udang besar bersalut serbuk roti.

Selesai majlis hampir pukul 11.30 malam. Kami terus balik ke Temerloh. Kereta kami parking berdekatan dengan Muzium Negara.

Tuesday, November 18, 2014

Kebun miniku...

 Buah mangga baru habis berbuah. Berbelas biji juga dapat merasa musim kali ini.

 Pokok Delima sedang rancak berbunga. Harap kali ini melekat lah buahnya.

 Ada lagi yang bunga yang belum kembang. Tanam dalam pasu je tapi kena jaga bajanya.

Ini lah pokoknya di dalam pasu...Di bandingkan pokok yang ditanam di atas tanah..yang ini lebih suka berbunga...hee..
 Ini pula pokok epal. Pokok ini dah lama dapat dari abang ipar tapi takde masa nak jaga. Sekarang baru nak bermesra dengan pokok epal ini. Alhamdulillah banyak daun dan dahan baru yang terhasil.

 Ini pokok serai kayu...walaupun kecil lagi dah dapat makan hasilnya. Selalu berpucuk...sedap dimakan sebagai ulam bersama budu atau sambal belacan.

 Ini ialah sawi. saya tanam sawi berperingkat. Tidak pernah terputus bekalan untuk digoreng bersama mee atau di buat sup sayur sebab ada yang baru semai, ada yang sudah boleh di makan. Seronok dapat makan hasil yang ditanam dengan tangan sendiri.

 Dua pasu saya tanam dengan pokok jarjir atau salad rocket. Rupa rupanya daun nya sedap digoreng kerana bau dan berlemak.

 Susah dan lama juga menunggu pokok kuchai ini untuk tumbuh dengan biji benih...Tapi bila dah membesar, seronok mengambilnya. bila kita memotong daunnya, pokok nya akan segera tumbuh kembali dari tempat yang kita potong itu.

Ini pokok tin sudah mula bercambah. Ini lah di antara pokok pokok yang ditanam. Seronok pagi pagi saya akan melawat dan bermesra dengan pokok pokok ini.

Tuesday, November 11, 2014

Pertandingan Bowling Keluarga....

 Baru baru ini, semasa Dila balik Malaysia, kami sempat bermain bowling. Pertandingan lima penjuru.

 Ianya di antara Dila, Fahmi, Farhan, Ijah dan ibunya...hee....edang menunggu giliran utk memulakan pertandingan.

 Mula mula, ibunya memilih bola yang ringan berwarna oren. Satu, dua dan mula...

 Kemudian ijah membaling bola dengan gayanya yang tersendiri.

 Ha ha ha ha ...tengok aksi ibunya...agak agak "strike" tak? hihihi...sesekali bola meleret ke tepi masuk longkang. huhuhu...Tapi boleh tahan juga, pernah dapat "strike" juga.

 Dila meneruskan permainan. Boleh tahan juga sakit dan lengoh tangan untuk meneruskan sehingga 10 pusingan woooo....

Di akhir permainan, kami berselfie dulu sebelum pulang. Tahniah Farhan juara...Tempat kelima...hahaha...tentunya rahsia...

Memetik buah dokong...

 Baru baru ini, seorang sahabat suami mengajak mengambil buah dokong yang sudah masak ranum di kebunnya. Suami pergi bersama Firdaus, Faiz, Fahmi dan Farhan.

 Faiz dengan bangganya memanjat sambil memenuhkan bakulnya.

 Firdaus dan Fahmi bertukus lumus untuk memanjat pokok... hee....Maklumlah inilah pengalaman pertama mereka di sini.

Farhan sudah dapat memenuhkan bakul dengan buah buah dokong. Sungguh manis. Dapat merasa buah dokong yang dipetik sendiri, walaupun tak ada dusun pun.

Semuga tahun depan berpeluang lagi memanjat pokok buah buahan ini. Nyamuk? Ha ha ha...memang sangat banyak. Lupa pula nak menyapu losyen anti nyamuk...Tapi berpuas hati dengan hasilnya....Tq Haji Rahim...