Followers

Saturday, April 23, 2016

Jejln sambil Convo anak di Mesir.

Kami bertolak dari KLIA berlima. Kali pertama ke luar negara tanpa melalui package .


Setelah hampir 10 jam perjalanan dan transit di Doha, kami sampai di Cairo. Tapi biasalah, procedure dari chop pasport dan imegresen amat perlahan seperti juga yang berlaku di Jeddah. Agaknya memang inilah tradisi pekerjaan cara orang orang Arab. 

 Sampai Cairo waktu malam. Kami makan malam, membersihkan diri dan terus tidur di homestay yang telah disewa oleh Dila selama seminggu di sini.

 Pagi pagi lagi kami berkumpul di kawasan rumah lama  Dila untuk terus ke Alexandria.

 Perjalanan memakan masa 3 jam. Kami pergi menaiki sebuah van.

 Tempat pertama ialah salah satu kubu Salehudin yang terkenal.

 Di dalam istana kubu Salehuddin. Kubunya begitu strategi kedudukannya.

 Pemandangan yang dapat dilihat dari kubu tersebut. Mereka dapat mengawal kemasukkan kapal kapal ke Mesir.

 Di tepi laut bandar Alexandria iaitu Iskandariah. Kami menunggu anak buah suami untuk ikut serta sekali dalam lawatan kami di Alex.

 Tengahari, kami berhenti makan di sebuah restoran makanan laut .

 Pemandangan di perpustaakan terbesar dan tercantik  dengan senibina yang unik.

 Di satu sudut lain di perpustakaan di Alex

 Setelah berhenti solat Zohor dan Azar, menziarahi Masjid dan Makan Nabi Daniel.

 Makamnya terletak di tingkat bawah tanah .


Tibalah masa berpisah dengan anak buah suami yang berlajar di Universiti Alex yang ikut serta makan dan jejalan di sekitar Alex. Selepas itu terus bertolak pulang ke Cairo.