Followers

Wednesday, January 18, 2012

Pasar ........

Hari ini teringin hendak makan ikan "fresh". Pagi2 lagi selepas menghantar anak2 ke sekolah terus ke bank untuk beberapa urusan. Selepas itu terus ke pasar yang terletak di belakang Hotel Semantan di Temerloh..

Di situ ramai terdiri dari penjual berketurunan cina sahaja. Manakala pengunjungnya pun ramai2 adalah di kalangan mereka juga kerana di sini terdapat banyak ikan dan sayur2an kesukaan kaum cina.

Saya datang ke sini seminggu sekali, tetapi sekali beli banyak juga untuk keperluan 3 atau 4 hari. Harganya memang sgt murah jika di bandingkan dengan pasar biasa. Wow!!! ramainya dari biasa .... sampai berbaris semasa hendak membayarnya. Tapi sgt puas hati dapat beli ikan senangin, ikan tenggiri dan sotong.

Itulah aktiviti di pagi hari ini. Baru lepas bersarapan dengan sebungkus nasi lemak dibungkus dengan daun pisang. Mmmm.... seleranya....