Followers

Friday, March 22, 2013

Selamat tinggal...Ya Rasulullah.....

 Inilah hari terakhir kami di Madinah..... Selamat tinggal Ya Rasulullah...

 Firdaus di makam Nabi Muhammad saw dan 2 sahabatnya.

 Kami cuma boleh berada di luar.....di bawah kubah hijau itulah terletaknya makam nabi kita....

 Sayunya hati...bila lagi dapat kembali berada di bumi Madinah ini....

 Pada pagi itu....kelihatan payung besar mula mengembang...

 Akhirnya......semua dah kelihatan kembang keseluruhannya....Sungguh indah sekali suasana ini berlaku di depan mata....

Kami bertemu semula di tepi Masjid Nabawi sebelum kembali ke hotel untuk memakai ihram dan mengangkat bag2 menuju ke Mekah.

 Pakaian ihram untuk bermiqat di Masjid Bir-Ali...

Berhenti sekejab di sebuah perhentian untuk makan malam dan meneruskan perjalanan ke Mekah Al-Mukarramah.

Wednesday, March 13, 2013

Melawat ladang kurma di Madinah...

 Semasa di Madinah kami dibawa melawat ke Ladang Kurma Bani Hashim. Sebaik sampai saja kami diberi taklimat serba sedikit mengenai ibadah umrah apabila tiba di Mekah.

 Di belakang sibuk penjaja buah2 kurma dan kekacang mempromosikan hasil ladang mereka. Kami juga dihidangkan minuman panas dan sejuk untuk hilangkan dahaga.

 Di mana2 tetap berdua. Orang2 Arab biasa duduk di sini sambil menjamu selera dan berbual-bual menghabiskan masa yang terluang...

 Bergambar di rumah ladang mereka yang diperbuat dari batang2 dan daun2 pokok kurma.

 Empat sekawan sedang berehat sebentar. Suami bersama firdaus, fahmi dan farhan.

 Di pintu masuk ladang kurma ini. Ladangnya sungguh luas. Kami dapat melihat bunga di pokok betina di bungkus dengan bunga yang diambil dari pokok jantan pokok kurma supaya menjadi buah. Memang pelik juga. Jika tidak dibuat begini, sampai bila2 lah pokok takkan berbuah...

Bergambai sebelum pulang semula ke hotel untuk mengemas bag menuju ke Mekah. Selepas ini kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah....Berjumpa lagi.

Thursday, March 7, 2013

Lawatan tempat2 bersejarah di sekitar Madinah....

 Di Madinah, kami dibawa melawat di sekitar masjid Nabawi.... Ini di kawasan luar masjid dibawah payung besar.

 Shopping mata dalam perjalanan ke Masjid Nabawi. Macam2 ada dijual di sini....

 Ini semasa lawatan di Masjid Quba'

 Selesai Maghrib dan menunggu Isya'. di dalam Masjid Nabawi.
Hari pertama Farah dan Ijah mengikuti rombongan jemaah perempuan memasukki Raudhah. Banyak peristiwa2 yang berlaku..

 Ini semasa lawatan ke Jabal Uhud. Belakang ialah bukit di mana pasukan memanah diarahkan oleh Rasulullah untuk bersiap sedia....

 Mendengar penerangan dari Ustaz Jo mengenai pejuang2 yang mati syahid di Perang Uhud. Di dalam pagar tulah disemadikan para2 syuhada.

 Di sebelah kiri Masjid Quba' , anak2 bergurau senda sebelum menaiki semula bas. Aik? mana Firdaus ni....

 Di Masjid Qiblatain...masjid di mana 2 hala kiblat berlaku. Peringkat permulaan, kiblat menghala ke Masjid Baitul Muqaddis. Setelah mendapat perintah Allah, kiblat di arahkan ke Baitullah di Mekah.

Masjid di sekitar Jabal Uhud.  Bas berhenti jauh sangat.  Kami tersilap pandang bas lain, terus tersasar ke depan. Nasib baik tak berjalan jauh sangat.  Cuaca panas pada hari itu, tekak pun haus. Kami membeli jus yang dijual di sini dan sangat sedap seperti jus yang dibawa balik oleh Dila dari Mesir.

Inilah sebahgian gambar2 yang sempat dirakam di sepanjang lawatan kami pada hari itu. Selepas itu bas terus membawa kami pulang ke hotel untuk bersiap sedia ke masjid untuk sembahyang zohor.

Ikuti seterusnya lawatan kami ke ladang kurma dan Makam Nabi .

Monday, March 4, 2013

Kami datang kepadamu, ya Rasulullah.....

 Inilah sebahgian dari bag2 kami yang akan bersama menemani di bumi Madinah dan Mekah selama 12 hari ini. Ujian pertama kami ialah penerbangan yang akan membawa kami terpaksa  ditangguhkan selama hampir 4 jam.

 Kami sanpai di Madinah sebelum sembahyang Jumaat.

 Anak2 menolong mengeluarkan bag2 dari perut bas. Wah!!!belum apa2 lagi bag dah berat2  belaka.

 Bergambar beramai2 di depan hotel penginapan kami di Madinah.

Biasalah...hotel2 di Madinah penuh dengan tempat2 shopping.....Mana boleh tahan ni!!!! Nak gi masjid kena lalu tempat2 macam ini setiap hari......

Inilah hari pertama kami di Madinah. Berjumpa pula di hari kedua di bumi Madinah.