Followers

Monday, January 18, 2016

Turki bahagian 4 - Konya

Dari Pamukalle, terus bertolak menuju ke Konya. Perjalanan kira kira 404 km . Adoh....sakit lagi lah punggung duduk lama dalam bas.

 Dalam perjalanan, terdapat kebanyakan bangunan dan rumah rumah mereka menggunakan tenaga solar yang terpasang di atas bumbung. Hebat betul.

Tengahari singgah di sebuah restoran yang bangunannya bercirikan eropah. Lokmahane Restaurant, here we come.

Masih berada di sekitar kawasan restoran tadi.

Selepas solat di surau restoran tadi, perjalanan di teruskan ke Konya .

 Inilah tempat yang akan dilawati yang terkenal di Konya iaitu Mevlana Museum.

Di sinilah terletaknya Makam Jalal Ad-Din Muhammad Rumi, seorang ahli sufi yang terkenal.
Beliau dijemput oleh Sultan Seljuk untuk datang ke Konya.

 Beliau dimakamkan bersebelahan dengan bapanya, juga seorang ahli sufi yang terkenal Baha'ud-Din Walad di Konya. Konya merupakan ibu negara Empayar Seljuk Anatolia sebelum ini. Konya terkenal sebagai pusat pengajian golongan sufi.

Ahli ahli sufi berpakaian putih dan di antara cara mereka mengabdikan diri dengan menari berpusing pusing seperti gambar. Tangan di depa, tangan kiri menghala ke bawah dan tangan kanan menghala ke atas. Ia bermakna dunia ini hanya sementara dan semuanya akan kembali kepada Tuhan.

Di sini terdapat banyak kitab kitab yang dikarang oleh Mevlana di samping peralatan dan Al Qur'an yang ditulis pada zaman Ottoman. Di antara kitab yang terkenal ialah Masnawi iaitu kumpulan puisi. Beliau juga menjemput semua agama untuk datang  ke pusat pengajian dan belajar tentang Islam.

 Pemandangan sekitar luar muzium tersebut. Cuaca sungguh sejuk. Ini tempat berkumpul kami sebelum menaiki bas menuju ke Cappadocia

Dalam perjalanan,  kami singgah sebentar di Sultan Han Caravanserai. Ia dibina pada abad ke 13. Ianya terletak di antara  Aksaray (Cappadocia)  dan Konya. Sebuah hentian sutera untuk pedagang dan unta-unta untuk berehat. Selepas itu akhirnya nampaklah gambaran gua gua di bukit bukit menuju ke hotel di Cappadocia untuk berehat.

Rombongan kami bergambar beramai di depan Mevlana Museum tadi. Mevlana menjadikan kesufian lebih bersistem dan berjaya menubuhkan tarekat yang terbesar di zamannya.

Ok. selesai Konya. Selepas ini Cappadocia....belon panas dan rumah gua. Kipidap !!!!