Followers

Sunday, February 26, 2012

Spanish Trail in Madrid City.....

Setelah diberi sedikit taklimat di lobby hotel, kami memulakan perjalanan kami ...

Dari hotel kami mencari subway untuk menaiki 2 "train" yang akan membawa kami ke " clue" yang pertama.

Di "clue" yang pertama ini, kami diberi "Tupperware" yang berisi dengan buah2 an segar.

Di " clue" yang berikut ini, kami dapat beberapa bahagian2 Tupperware........Akhirnya sampai di "clue" yang terakhir. Kami berbangga kerana menjadi kumpulan yang terakhir sampai. Ha ha ha...apa tidaknya...orang lain habiskan dulu "clue2" yang diberi, tapi kami berjalan shopping sakan dulu.


Selepas itu, kami sambung dengan agenda shopping lagi...... sebelum kami menaiki semula 2 "train" yang akan membawa kami ke Santiago Bernabeu Stadium - Real Madrid bermain.....

Di sini kami di beri bahagian akhir Tupperware tersebut iaitu tutupnya..... Wah! jadi macam budak2 pulak. Sekali sekala seronok juga tapi tersangat letih....

Balik di hotel petang sekejap intuk berehat dan bertolak semula ke La Posta Real. Di sini kami diberi latihan menari "Flaminco dance" selama 2 jam (c untuk g). Kita sebut " flamingo".

Banyak hadiah menanti kami di meja makan.....tapi yang bestnya di sini dapat merasa makanan asal org tempatan di sebut "paella". seperti biasa sebutannya ( ll untuk y) nasi paeya.

Inilah nasi paeya yang kami makan. Sungguh sedap nasi bercampur sayur2 an dan rempah ini..... ..........Lebih kurang macam nasi arab pula rasanya ......

Inilah pelayan yang menghidangkan nasi kepada kami. Pandai berlawak juga orangnya dan sungguh peramah....

Esok kami akan menaiki "bullet train" ke Barcelona.....Tunggu.....