Sebelum tahun 2019 berakhir, kami bercuti di Kuantan sambil menyambut Hari Kelahiran.
Semua hadir kecuali Dr Faiz kerana dalam proses bertukar berpindah ke Hoshas.
Anak-anak membuat kejutan makan malam di Restoran terkenal iaitu di MINT. Dapat hadiah bag COACH. Tq anak-anak. Kami dihidangkan dengan western food.

Seronok cucu-cucu berlumba-lumba ke pantai. Pantainya cantik dan landai. Asal neneknya tak mau berendam di air laut kerana malas menukar baju. Akhirnya basah juga jubah nenek dek cucu-cucu.
No comments:
Post a Comment