Followers

Monday, August 3, 2009

Bab. 1. Langkah Awal Sebagai Business Women

Sebagai seorang guru, sudah semestinyalah bertugas mengajar anak murid supaya menjadi pandai dan menjadi manusia yang berguna. Sebagai seorang ibu pula, sudah pasti berperanan memelihara dan mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah. Harapan saya setinggi langit mengharapkan agar anak-anak lebih berjaya dalam hidup mereka malah jauh lebih berjaya dari segala yang dinikmati oleh ibu atau bapa mereka.



Sehubungan dengan itu saya yang berasal dari keluarga yang serba kekurangan dan hanya berjawatan sebagai guru biasa, rasanya tidak akan tercapai cita-cita untuk meletakkan anak-anak agar lebih berjaya dari ibu bapa mereka. Zaman ini semua memerlukan wang. Nak kereta perlu wang, nak rumah perlu wang, nak makan perlu wang, anak-anak sekolah dan universiti perlu banyak wang, buku dan peralatan belajar nak dibeli, yuran tution nak kena bayar dan sebagainya. Untuk itu saya tidak boleh hanya mengharapkan gaji dan mesti berusaha cara lain untuk menambah pendapatan sekelurga.
Atas dasar keyakinan yang jitu atas hadith Rasulullah s.a.w. bahawa 90% pendapatan adalah berpunca daripada perniagaan, maka saya cuba-cuba menceburkan diri dalam bidang perniagaan iaitu 'perniagaan Tupperware'. Perniagaan ini sangat unik tetapi lumayan. Bermula dengan hanya menjadi ahli biasa iaitu sebagai pengguna barangan Tupperware. Kemudian bawa katalog Tupperware kesekolah dan letakkan atas meja guru. Seorang guru lain ternampak lalu membelek-belek katalog tersebut dan bertanya "Cikgu jadi agen ke?". "Ya" jawab saya pendek. "Saya nak oder lah. Boleh dapat harga ahli tak" tambahnya. "Boleh! Tapi kenalah jadi ahli. Jadi ahli banyak faedahnya. Diantaranya ialah beli dengan harga murah, kalau jual dapat untung, kalau ada orang lain nak jadi ahli, kita boleh bina rangkaian mengikut konsep MLM"

Bermula dari situlah perniagaan saya berkembang. Hari demi hari makin ramai yang membeli Tupperware dan makin ramai yang menjadi ahli. Jadi adalah untung sikit... Bolehlah hantar anak tution dan beli buku-buku tambahan untuk anak-anak... Lama kelamaan ada diantara guru-guru yang menjadi ahli tersubut berpindah sekolah. Ini petanda baik kerana perniagaan saya mula berkembang ke sekolah lain. Perkembangan ini berterusan sehinggalah bukan hanya dikalangan guru-guru, malah pegawai kerajaan, suri rumah tangga, bussiness women sepenuh masa dan macam-macam ada.

Nak jadi rezeki kata orang, kebetulan ramai anak saya yang belajar di Sekolah Rendah Cina, jadi ramailah Cikgu bangsa Cina beli Tupperware dan jadi ahli melalui saya. Maaf cakaplah orang Cina beli Tupperware kau-kau. Paling kurang dua tiga ratus RM malah ada yang sekali beli mencecah Rm3,000.00. Rezeki saya makin mencurah apabila surat khabar Cina ada beberapa kali menyiarkan bahayanya menggunakan bekas plastik biasa serta menamakan barangan Tupperware adalah pengganti terbaik. Barangan Tupperware dijamin sepanjang hayat. Kalau rosak boleh tukar. Diantara barang keluaran Tupperware adalah seperti di atas.