Followers

Tuesday, October 22, 2013

Berdebar-debar nak dapatkan sijil ini....

Alhamdulillah....Hari ini Firdaus telah dengan rasminya lulus dalam peperiksaan Bar Council's. Hanya tunggu Long Call sahaja.
Syukur kepada Allah...Semuga dapat memberi semangat baru kepada Firdaus untuk lebih berusaha memberi khidmatnya kepada masyarakat dan bertakwa kepada Allah. Amin.

Thursday, October 17, 2013

Doctors To Be in the family...... Insyaallah..

Semasa menghantar Dila ke Mesir 2 hari lepas di Klia. Semuga mereka berdua dapat menggenggam ijazah dalam bidang kedoktoran. Seorang di bumi Ambia' Mesir dan seorang di bumi Malaysia di Uitm Sg Buloh.

Dila sudah di Tahun yang kelima manakala faiz di Tahun yang keempat. Semuga menjadi seorang doktor yang mampu berkhidmat kepada masyarakat berlandaskan  Al Qur'an dan Hadith.

Teruskan perjuangan menimba ilmu  sebanyak mungkin walau dimana berada sekali pun. Semuga Allah  sentiasa di samping Dila dan Faiz. Ibu dan abah sentiasa berdoa buat yang terbaik. Amin.

Wednesday, October 16, 2013

Dila sudah kembali ke Mesir

 Bertolak dari Temerloh pukul 4.00 petang tadi...Perjalanan lancar.

 Menuju ke KLIA melalui  lebuhraya NKVE.

 Kali ini Faiz dan Ijah mengikut menghantar Dila ke KLIA. Kebetulan Faiz bercuti selama seminggu kuliah UiTM Sg Buloh.

 Abahnya menurunkan bagasi2 Dila. 2 bagnya itu 46 kg beratnya. Semua perkakas untuk memasak dibawanya seperti kunyit, asam jawa, sardin, maggi, sos cili dll. Sambal kering juga dibekalkan untuk Dila.

 Memasuki ruang dalam KLIA.....

 Setelah check in. Bergambar kenangan sebelum menaiki flight.

 Anak 'manja'  bapanya....
Selamat tinggal Dila. Semuga beroleh kejayaan dan jaga keselamatan diri di bumi Ambia' bumi Barakkah...Mesir.

Tuesday, October 1, 2013

Gambar2 bersama sanak saudara dan sahabat handai di majlis Farah...bahagian ketiga.

 Farah bersama 'teacher-teacher'nya semasa sekolah rendah dulu....Inilah guru pakar bahasa inggeris tetapi Ms tan sudah bertukar profesyen menjadi peguam dan menjadi  pesaing dengan anak didikannya juga abg kpd Farah, Muhammad Firdaus...

 Farah bersama lebih dari 40 orang geng bermotor dari Johor dan Kl...

 Pengantin menemani geng-geng motor ini menjamu selera..

 Bersama rakan paling rapat semasa mengajar dulu...meja kami sebelah menyebelah di bilik guru.

 Fahmi bersama 'lau sher' nya semasa di sek khee chee dulu....tq cikgu lim mengajar fahmi sehingga dapat menguasai bahasa cina sehingga sekarang.

 Terima kasih juga kepada Mak ngah dari Kuantan kerana sudi hadir walaupun baru beberapa hari menjalani pembedahan mata...tu lah yang pakai cermin mata hitam pop yeyenya....

 Bakal doktor faiz bersama rakan-rakan yang hadir sama...

Peguam firdaus sedang mendengar taklimat dari Professor Dr Abd Wahab....

 Firdaus bersama Peguam Rozilan yang hebat. Isterinya adalah boss firdaus... hihihi...bodek nampak???

 Suami bersama kawan rapatnya semasa berkhidmat di Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna dulu....

 Pak su Razak nak juga bergambar dengan motor-motor besar jugak....Mak su jangan marah.

 Acara malamnya...potong kek besama ahli keluarga sahaja.

Pengantin bersantai berdua...