Followers

Monday, January 25, 2021

PKP Kali Ke 2 - 22.1.2021 sehingga 4.2.2021.

 

Kali ini  kebanyakan negeri naik jumlah positif,  Ini disebabkan ramai orang berpusu2 menghantar bantuan ke negeri2 yang terkena banjir yang teruk terutama Temerloh.  Tiada satu pun negeri yang bertanda hijau sekarang ini.  Harap2 dan kita semua berdoa semuga sebelum habis tarikh PKP 4.2.21 ini kes turun. 


Ini di antara kampung2 di Temerloh yang terkena banjir sehingga ke atap. Jadi cuba bayangkan lah bagaimana barang2 di dalam rumah.


Banyak barang tidak boleh digunakan langsung.


Ini keadaan di traffic light JB semasa air surut, lumpur2 perlu dibersihkan segera.


Ini gambar air surut di Seven Eleven  JB.


Barang2 dapur dan barang2 fresh spt ikan dan ayam perlu dibeli online


Cuma perlu ditambah dengan charge COD saje. 


Di Pahang walaupun PKP, ceramah maghrib dan Subuh tetap dijalankan. Solat Berjamaah juga juga seperti biasa.


Mlm ini, tiba giliran Ustaz Fahmi memberi ceramah di Masjid Bunga Raya.


Ceramah dan solat berjamaah dijalankan mengikut SOP yang ketat. Harap2 kes di Pahang semakin baik supaya kami dapat meneruskan seperti biasa. Amin.


Di samping itu kebetulan TV di rumah rosak terus ke kedai mencari TV Android terus.


Terus pekerja kedai itu menghantar dab memasangnya.


Wah..... dah lama nak beli sebenarnya tapi TV lama elok lagi. Mcm2 boleh buat dengan TV Android ini.


Aktiviti2 6 cucu2ku juga tidak ketinggalan. Aryan sibuk bermain seorang di dalam rumah je.


Adam masa ini boleh lagi pergi ke PASTI kerana ibu dan bapanya kena pergi bekerja.


Ayra boleh bermain  dengan dengan Dina. Tapi Dina kadang2 ke School juga. Ini adalah kerana Dr Dila  masih lagi bercuti bersalin.


Dina suka bermain dan melayan  adiknya .


Wardina dan Wafi di hantar ke rumah pengasuh . Kadang2 bila takde kerja ayahnya suruh tinggal bersama Wafi di rumah saja.


Inilah Wafi. Dia sebaya Adam berumur 5 tahun. Semuga keluargaku di lindunggi dari Corona Virus. Semuga Corona Virus hilang di mukabumi ini. Amin, Ya Allah.

No comments:

Post a Comment