Followers

Friday, July 18, 2014

Rezeki di bulan Ramadhan...

Alhamdulillah Muhammad Faiz lulus dalam Peperiksaan Akhir Tahun Ketiganya yang diumumkan pada hari semalam bersamaan 18.7.14. Sekarang mereka akan bercuti lebih sebulan. Bulan 9 nanti akan meneruskan pengajian di Tahun Keempatnya.

Dila tidak akan balik berhari raya di Malaysia pada tahun ini kerana tahun kelima ini mereka tiada cuti semester yang panjang seperti tahun tahun sudah.  Beraya lah Dila bersama rakan rakannya di Mesir.

Bulan puasa ini, seronok menanam sayur sayuran di hadapan rumah samada di atas tanah dan di dalam pasu pasu.  Cukuplah sekadar untuk makan sendiri. Setiap pagi, tidak ketinggalan melihat " progress" setiap pokok pokok yang ditanam. Alhamdulillah.

Terasa begitu cepat masa berlalu. Pokok lama perlu diganti dengan pokok baru pula. Begitulah seterusnya.