Followers

Wednesday, September 7, 2011

Faiz mendaftar Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di UITM, Shah Alam.


Pada 6.9.11, abang dan Dila telah menghantar Faiz mendaftar masuk ke UITM Shah Alam bagi mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan.

Saya tidak boleh menghantarnya kerana berada di Hotel Westin menghadiri Executive Conference bermula 5.9.11 - 7.9.11.

Sabtu ni Farah pula akan memulakan kuliahnya di UIA Gombak pula. Faiz bersama kakaknya Dila yang juga Tahun Ketiga mengikuti Ijazah Perubatan di Mesir. Dila akan kembali ke Mesir pada 18.10.11.

Abahnya menghantar Faiz ke asrama yang akan didiami iaitu di Kolej Perindu, UITM.

Sibuknya abah mengeluarkan barang-barang keperluan Faiz semasa di UITM. Selamat belajar dan berjuang untuk mendapat segulung ijazah dan menjadi seorang doktor yang beriman dan bertaqwa. Ibu dan abah sentiasa mendoakan kesihatan dan kejayaan Faiz . Good luck!!!