Followers

Friday, September 26, 2014

Musim mengulangkaji pelajaran....

Minggu ini dan minggu depan peperiksaan untuk akhir Semester Satu dan Tiga untuk Muhammad Farhan dan Muhammad Fahmi di Maahad Tahfiz Tg Lumpur. Dila sedang berusaha mengulang kaji di bilik untuk Peperiksaan Akhir Perubatan Tahun kelimanya di Mesir hujung bulan 10 ini. Sekarang sedang "study week" di sini. Manakala Ijah lagi tidak sampai 3 minggu lagi peperiksan PT3 Tingkatan 3 akan bermula dalam bulan Oktober ini.

Firdaus baru memulakan pekerjaan nya  sebagai seorang peguam dan rakankongsi di sebuah syarikat di Raub. Manakala Faiz baru memulakan kuliahnya di Uitm Sg Buluh dalam bidang perubatan Tahun Keempatnya. Sementara Farah akan menghabiskan Semester Akhirnya di UIA hujung tahun ini.

Semuga semuanya berjalan lancar dan semuga Allah melindunggi anak anakku menjadi anak yang solih dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Seperti biasa kami, suami dan isteri warga pencen menjadi penghuni di rumah di samping membuat kerja sambilan bersama Takaful Ikhlas dan Tupperware. Semuga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk kami untuk beribadat dan menjalankan tanggungjawap yang di amanahkan.