Followers

Sunday, January 18, 2015

Banjir di Taman Bahagia, Temerloh.

 Inilah keadaan rumahku sewaktu banjir baru baru ini. Anak anak segera dipindahkan ke Sekolah Men Sri Bahagia kerana arus air terlalu deras dan cepat naik.  Paya yang disebelah sepatutnya menampung jumlah air yang banyak tidak dapat lagi menjalankan tugasnya kerana sebahgiannya telah ditimbun dan dibangunkan bangalow bangalow mewah. Inilah kesilapan besar pemaju di kawasan Temerloh ini. Selama ini tidak pernah banjir kerana paya semulajadi yang dijadikan Allah ini. Sedih sungguh.

Ini apabila air mulai surut setelah beberapa hari air tidak mengalir dan bertakung dan merosakkan perabut perabut ku kecuali perabut jati. Buku buku Medic Al Azhar Dila dan Faiz. Buku buku agama Fahmi dan Farhan. Buku buku Teks dan Akta Undang Undang Firdaus semua musnah.

Dan kebun miniku juga habis. Ku dengar Firdaus bercerita...semasa dia mengharung air, dia ternampak sebuah bot mengutip pasu pasu sayuran bayam , sawi, jarjir dan lain lain ke dalam bot mereka. Ku halalkan jika mereka tidak ambil, sayuranku musnah juga.

Bersambung ......