Followers

Sunday, January 19, 2014

Beijing lagi.....horey...

 Bulan Disember, 2013  baru ini, Firdaus bersama abahnya ke Beijing sekali lagi untuk bermain salji. Kali ini salji awal.

 Mereka pergi bersama keluarga Takaful Ikhlas cawangan Temerloh.

 Inilah kali pertama Firdaus bermain salji. Sebuah restoran Muslim yang terdapat di Beijing.

 Bersama kawan rapat Puan Norsiah yang menjadi Tour Leader.

 Tengok Firdaus sangat suka dengan cuaca sejuk.

 Dia dapat menaiki Tembok Besar Cina sehingga ke atas sekali...

 Dapat berpeluang menaiki Bullet Train ke Tianjin.

 Bergambar dengan Bullet Train sebelum menaiki ke Tianjin.

 Di dalam Bullet Train bersama abahnya....Like Father like son.....

Bergambar di atas salji.... Kisah seterusnya bermain ski....Tunggu...

Monday, January 6, 2014

Singapore Bahagian 2

Menunggu pertunjukkan cahaya bermula pukul 715 malam di tepi pantai Pulau Sentosa.


Ramai orang sudah bersesak sesak masuk. Ramai pelancong  datang untuk menyaksikan pertunjukkan ini. Termasuklah kami bertiga.

Selesai pertunjukkan, kami balik ke hotel. Keesokkannya kami pergi ke Singapore untuk "city tour" pula... Seperti biasa berbaris panjang di bahagian imegresen Johor dan Singapore.

  Singapore di penuhi dengan bangunan bangunan tinggi. Ini sebelah belakang kelihatan Eye of Singapore.                                                                                                                                                                         
Mercu tanda kota Singapore iaitu singa yang berbadan ikan.

Di satu satunya perkampungan melayu. Di jadikan pusat kebudayaan orang melayu Singapore. Selesai makan tengahari, kami bersembahyang di masjid yang terdapat di sini.

Inilah makanan tengahari kami Nasi beriani di Restoran Zam Zam yang terkenal.

Selesai makan, kami order lagi martabak special yang terdapat di restoran ini.

Jejalan ke Singapore bersama Ijah dan Aan semasa cuti sekolah. Bahagian 1

  Pada 26.12.13, kami bertolak ke Johor Bharu dan menetap di Hotel Selesa.

Pada  27.12.13, kami bertolak ke Universal Studio di Singapore. Wah!!!! cuti sekolah panjang betul beratur di imegresen JB dan Singapore. Selesai chop pasport hampir 2 jam. Fuyoo...itulah akibatnya berjalan musim cuti sekolah.

 Mercu tanda USS ialah Globe yg bertulis UNIVERSAL STUDIO...Tak bergambar di sini seperti tidak pergi ke USS.

 Masuk sahaja terus menuju ke tempat paling mereka suka iaitu Transformer...Kami membeli tiket ekspress jadi tidak perlu berbaris panjang. Terus dapat masuk....Mmg menyeronokkan dapat masuk di dalam. Tapi awas untuk org yang penakut mmg tak mau masuk dah lepas dah masuk sekali. hihihi....

 Selepas itu masuk pulak ke The Mummy....Wah! lagi seram. Tobat tak nak masuk dah. Bahaya untuk org lemah jantung...Terketar ketar lutut selepas keluar. Semua gara-gara nak menemani anak-anak ke dalam.

 Ini Jurasic Park. Menaiki bot ke dalam. Tapi nasib kami kurang baik kerana duduk di bahagian percikan air. Apalagi habis basah baju dan seluar serta kasut.. Hahahaha.....mandilah kami bertiga...

 Di dalam USS, banyak karektor-karektor tapi kami sempat yang ini saja. Yang lain semua berbaris panjang.

Akhir sekali ke tempat pengambaran Water World. Terdapat aksi-aksi stunt yang hebat selama 45 min seperti duduk didalam wayang menonton movie nya.
Tengahari berehat sebentar dan kami makan di Malaysia Food Street. 3 org hampir RM100.00 kerana nilai duit RM kecil berbanding Singapore Dollar.

Kami bersembahyang di surau yang terdapat di dalam USS untuk solat Zohor dan Azar. Pukul 6.00 baru kami keluar dan bertolak ke Pertunjukkan Cahaya di Pantai Sentosa.

Bersambung ke bahagian 2.