Followers

Monday, July 23, 2012

Alhamdulillah....


Anak sulong ku semasa "trial" nya baru baru ini. Semuga terus cemerlang dan menjadi peguam yang bertaqwa.




Bersama rakan rakan seperjuangan di dalam "trial" di Mahkamah Uitm, Shah Alam. Tahniah!!!!

Thursday, July 19, 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa....



Selamat menjalani ibadah puasa kepada muslimin dan muslimat. Semuga beroleh kemenangan melawan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan yang mulia. Perbanyakkan melakukan kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan. Semuga beroleh ganjaran , insyaallah.

Ya Allah tetapkan iman kami kepadaMu. Kami berlindung kepadaMu.

Tuesday, July 17, 2012

Etok........sedapnya...



Sedapnya makan etok.  Ahad baru ni balik Kelantan. Pergi beli etok 3 pot. Satu pot RM4. Beli nasi kerabu untuk dimakan bersama etok. Mmmm....mmg sedapnya. Dah bertahun tidak dapat makan etok kerana di Temerloh tiada dijual di sini. Dulunya ada seorg pengusaha etok dari Kelantan menetap di sini menjual etok salai tapi sekarang mereka sudah pulang semula ke negeri asal mereka.

Selepas itu tiada siapa lagi yang mengusahakan etok salai ini di Temerloh. Balik Kelantan terus melepaskan geram. Mmm...sedapnya....sehingga menjilat jari.

Friday, July 13, 2012

Hari anugerah peringkat negeri Pahang....



Baru-baru ini, Fahmi ke Kuantan untuk acara Hari Penganugerahan Sekolah2 Agama Negeri Pahang.
Dia mendapat anugerah dalam SMA. Alhamdulillah dan tahniah untuk Muhammad Fahmi. Semuga terus cemerlang dunia dan akhirat.

Tuesday, July 10, 2012

Makan tengahari hari ini....



Inilah makan tengahari hari ini. Pajeri terung, ikan keli goreng, goreng berlada telur dan ikan jeruk gelama yang digoreng dengan hirisan cili padi dan sedikit bawang.

Makanan macam ini tidak boleh selalu makan. Bukan apa....menambah2 nasinya. Nanti bertambah gemuklah badan ini.

Selamat menjamu selera.....kepada Farah, makan ubat supaya cepat "kebah"  dari demam tu.....

Saturday, July 7, 2012

Dila sudah balik ....


Jumaat, Dila sampai di Malaysia pada pukul 6.39 petang menaiki Egypt Air. Dia balik bersama rakan-rakan serumahnya. Wah! banyaknya bag . Apa agaknya yang dibelinya tahun ini...

Dila akan menghabiskan cuti hujung tahun tiganya di Malaysia sehingga awal bulan 10. Masih ada 3 tahun lagi pengajiannya di Universiti Al Azhar, Cairo.

Selamat bercuti bersama keluarga di Malaysia. Tahun depan sehingga tahun keenam, cuti hujung tahun ini akan dipendekkan .