Followers

Tuesday, August 4, 2009

BAB 2 - BENIH YANG KUTANAM MEMBUAHKAN HASIL

Foto 1. Suami & anak-anak di bawah Pokok Anggur Taman Mini di rumah saya. Saya sbg juru foto.

Al-Quran melalui surah Al Baqarah, ayat 261, Hadith Nabi serta panduan yang lain mengajar saya untuk mendapat kejayaan yang haqiqi. Berjaya bukan bermakna kaya tetapi kesenangan didunia dan kesejahteraan diakhirat.
Alhamdulillah atas tunjuk ajar dan asas yang dimulakan oleh Allahyarhamah ibu dan Allahyarham bapa saya yang tercinta, saya telah didedahkan ke alam perniagaan sejak dari kecil lagi. Di alam sekolah rendah, sebelum kesekolah saya pergi menjual kuih-muih serta mi yang dibuat oleh Allahyarhamah ibu.
Kini ilmu dan segala pengalaman yang ada serta bantuan dan sokongan suami yang tercinta saya gabungkan lalu dipraktikkan dalam kerjaya sebagai seorang guru dan dalam perniagaan Tupperware. Alhamdulillah bapa mertua saya Tuan Guru Haji salleh bin Hassan juga banyak mengingatkan saya tentang perniagaan secara Islamik.
Setelah benih ditanam, kini saya menuai hasil yang sangat lumayan. Bersyukur saya kepada Allah s.b.t kerana usaha saya diberkati malah di tuai bermula didunia ini lagi dan Insya Allah akan berpanjangan hingga ke akhirat kelak.

Hasil yang paling ketara ialah kini saya berjaya menjejaki tahap 'AED Tupperware' dengan pendapatan yang sangat lumayan. Kejayaan ini lengkap apabila hasrat saya untuk menunaikan ibadah haji bersama suami tercapai pada tahun 2007/2008 yang lalu.
Foto 2. Suami & anak-anak dihadapan rumah hasil perniagaan Tupperware.
Syukur Alhamdulillah juga kerana kesemua anak-anak sudah menampakkan kejayaan pelajaran yang sangat lumayan. Anak-anak saya, diperingkat rendah ada yang belajar di sekolah Rendah Jen. Keb. China dan ada juga di Sek. Kebangsaan. Di peringkat menengah, saya utamakan pelajaran Agama Islam secara formal iaitu belajar di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh. Secara terperinci adalah seperti berikut:-

1. Muhammad Firdaus - Pelajar Undang-undang di UITM, Shah Alam
2. Nur Farahayn - Pelajar Undang-undang & Syariah, UIAM, Gombak
3. Nur Fadhilah - Pelajar Perubatan & Segeri, Univ. Al-Azhar, Mesir
4. Muhammad Faiz - Tingkatan 5, Sek. Model Khas Sri Tualang, Temerloh
5. Muhammad Fahmi - Pelajar Tahfiz Sek. Men. Agama Al-Khairiah, Temerloh
6. Muhammad Farhan - Pelajar Tahfiz Sek. Men. Agama Al-Khairiah, Temerloh
7. Nurul Faizah - Tahun 4, Sek. Keb. Abu bakar, Mentakab.
Nak kenal anak-anak saya click sahaja http://www.arshadtakaful.blogspot.com/