Followers

Saturday, April 2, 2011

Alhamdulillah..... rezekiku



Semalam 2.4.11, hari paling sibuk . Maklumlah kawan-kawanku sudah dapat gaji dan datang ke rumah mengambil Tupperware yang dipesan.

Pagi-pagi lagi tak putus-putus, mengunjunggi rumahku untuk mendapatkan katalog baru Tupperware dan membeli Tupperware. Memang meletihkan tetapi begitu seronok. Semuga keadaan ini akan berlanjutan. Katalog baru ini pun banyak barangan keluaran baru dan sangat sesuai untuk membuat hadiah terutama sempena hari Guru bln Mei ini.

Inilah duniaku sekarang. Melayan setiap kerenah pelangan-pelangan yg datang samada untuk menukar yang lama dan membeli yang baru...Yang paling seronok bulan ini, ada botol susu baru (gambar di atas) untuk ibu-ibu yang mempunyai anak kecil. Tupperware dijamin tidak mempunyai bahan-bahan yang bahaya, boleh direbus dan boleh diguna sampai bila-bila. Paling best bila ada kerosakan semulajadi kerana lama digunakan boleh ditukar secara PERCUMA.

Selamat membeli....