Followers

Sunday, January 1, 2012

Musim persekolahan akan bermula........

Selamat bertemu kembali......

Baru selesai menjahit baju2 persekolahan untuk anak2 malam tadi. Maklumlah dah pencen ni kenalah jahit sendiri baju2 mereka baru puas hati terutama baju untuk anak bongsu, Nurul faizah yang akan menduduki tingkatan satu di Sek Men Agama Alkhairiah di Temerloh.

Memang tradisi kami, anak2 tak masuk sekolah asrama penuh apabila berada di tingkatan satu. Kami akan menolak tawaran kerana kami lebih selesa mereka membesar di rumah dengar leteran terutama dari ibu mereka....

Barang2 persekolahan pun sudah dibeli awal2 lagi. Baju je yang tertangguh2 untuk menjahitnya. Firdaus akan melanjutkan pengajiannya ke LLB di UITM dalam bulan 2, tinggallah 3 orang di rumah setakat ini.

Sekolah Menengah Agama AlKhairiah ini memang menjadi sekolah pilihan kami dari anak sulong, Muhammad Firdaus sehinggalah kepada Nurul Faizah. Kami lebih suka mereka mendapat didikan agama di samping akedemik dari sekolah tersebut. Semuga sekolah agama ini akan terus di ikhtiraf dan dinaiktaraf ke peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang.

Hari Selasa sudah mula mendaftar Faizah ke tingkatan satu....Selamat belajar di sekolah menengah dan cemerlang dalam ilmu agama dan akedemik...insyaallah.