Followers

Sunday, September 20, 2009

BAB 10 - SATU SYAWAL 1430H DI TEMERLOH

Di sini saya ingin berkongsi bagaimana perasaan beraya kali pertama tanpa seorg anak yg melanjutkan pelajaran di Mesir. Terasa ada sesuatu yg tidak lengkap di dlm semua hal persiapan hari raya. Teringat kalau Dila ada, mesti dia suka mkn ini, Kalau Dila ada, mesti dia buat itu ini... Ah! Dila dah berada di Mesir...Nama pun selalu saya terpanggil... Itu lah yg perlu saya sedar sekarang ni... Dan ianya mengambil masa...

Hari Lebaran tahun ini kami sambut di Temerloh. Seawal pagi kami mulakan dengan bersama-sama menikmati juadah lemang, ketupat bersama rendang dan kari daging dan ayam. Selepas sembahyang Sunat Raya, kami sekeluarga bertahlil untuk arwah ibu dan bapa disamping mendengar Tazkirah Khas Hari Raya dari suami. Selepas tu kami makan lemang, ketupat untuk second round.

Saya bersyukur kpd Allah kerana memberi kita kemudahan internet. Dila mula kuliah 24.9.09 tp ditunda ke 4.10.09. Tempat penginapannya berdekataan dgn Cyber Cafe. Jadi dptlah dia pergi ke sana 2 x sehari... Kami berbual...blh lihat wajah lg...Dia ckp dlm 1 setengah jam , dia byr 3 genih je... lbh kurang RM1 je...

Seperti biasa kami beraya dirumah 'MAMA' Ibu Angkat anak-anak saya yang menjaga kesemua 7 orang mereka. Kali ini Kakak Iyul dah beraya dengan anaknya bernama 'Farah Nadia'.

Dila, inilah di antara gambar2 yg dpt ibu muatkan utk tatapan Dila... Utk semua jgn disia2kan masa bersama keluarga...