Followers

Monday, December 4, 2017

Kenangan Viva dan Aan menjadi imam terawih di Jengka 24.

 Sudah lama tak update blog. Di sinilah tersimpan semua gambar dan peristiwa yang berlaku untuk menjadi sejarah.
Puasa tahun ini, bermulalah Aan menjadi imam jemputan untuk berterawih sepanjang bulan puasa.
Dia diberi sebiji rumah di sana.

 Seorang lagi kawan yang sama belajar di Maahad Tahfiz Tg Lumpur bersama-sama menjadi imam di Masjid As Sobirin Jengka 24.

 Sepanjang masa itu, kadang2 Aan berulang dari Tloh ke Jengka kerana waktu siangnya mengajar di Maahad Tahfiz Furqan.
Dalam hari 23 Ramadan , kereta viva yang di pandu Aan terbabas . Total Loss.
Itu lah yang menjadi pengalaman hitam berulang alik ke Jengka 24. Semuga Allah mengantikan kereta yang lebih baik kepada Aan. Maka dapat lah kereta saga untuk kegunaan nya.


No comments:

Post a Comment