Followers

Thursday, October 1, 2015

26.9.15 Temerloh.

Majlis sambut menantu pada 26.9.15 menyaksikan berkumpulnya kami 5 beradik bersama keluarga di Temerloh.

Sungguh meriah. Mula mula keluarga abang Nasir kemudian diikuti dengan adik bongsu, Norma sekeluarga. Tidak lama selepas itu adik dari Kelantan, Nazri tiba. Akhir sekali Kak Mah dari Kelang tiba lewat tengah malam.

Kami berborak dan makan beramai ramai...semua perempuan berkumpul di satu bilik. Manakala lelaki di ruang luar. Keluarga abang Nasir tidur di bilik Tupperware yang di ubah suai.

Seronok dapat berkumpul macam ini.  Esoknya majlis bermula. Masing masing sangat sibuk terutama ibu dan bapa pihak lelaki...hihihi itu kamilah.

Semuga silahturahim antara kami berkekalan dan majlis ini diberkati Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment