Followers

Wednesday, April 23, 2014

Satu lagi berita gembira hari ini...

Alhamdulillah.......seorang lagi anak akan melanjutkan pelajaran di MTNP dalam Diploma Tahfiz. Keputusan diumumkan pagi tadi. Memang pemilihan untuk memasukki Maahad ini sangat ketat. Mereka akan melalui temuduga dan perlu menghafal 1 mukasurat Al Qur'an dalam masa satu jam sahaja. Setelah berjaya temuduga, mereka akan di uji dalam Simulasi selama 3 hari pula. Kali ini perlu menghafal 6 muka surat pula.

Muhammad Farhan akan memulakan pengajiannya dalam bulan Mei ini. Semuga dapat menjadi seorang Tahfiz yang cemerlang dan dapat berkhidmat serta mempraktikkan nya kepada masyarakat. Amin.

2 comments: